Ini adalah maklumnbalas saya secara spepontas dalam http://drmaza.com/home/ berkenaan persaraan Sohibu Samahah Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkenaan persaraannya sebagai mufti kerajaan Perlis.
Assalamualaikum dr,
Saya tidak pasti apakah keputusan yang Dr buat adalah tepat, kena pada masanya atau sebaliknya. Barang tentu dr sudah tekad berpandu kepada istikharah dr. Dr adalah seorang mufti yang disifatkan sebagai lain daripada yang lain. Pandangan berbeza dr ternyata mencetuskan fenomena dan menimbulkan kesedaran kepada banyak pihak. Dr pernah menyinggung kenaikan harga minyak dengan kisah kejatuhan raja Beberes selepas tidak mendengar nasihat Imam Nawawi berhubung dengan tindakan raja memungut wang rakyat untuk kelengkapan perang. Sedang menteri dan pekerja istana hidup dengan kemewahan.
Dr tegas mengkritik Jom Heboh, membantah kehadiran Faizal Tahir ke Perlis, bahkan dr secara jelas menolak kepincanagan Islam hadhari ciptaan Pak Lah.
Begitu juga dengan amalan-amalan masyarakat yang lari daripada sunnah (khilafu sunnah) yang sebenar. Terbaru dr mengecam amalan memasang bacaan Al Quran yang kuat sebelum waktu azan, terutamanya waktu subuh. Jika saudara pembaca menyemak kembali posting saya tentang relay Al Quran di Qaryah Ramadhan. Ia selari dengan pandangan YAB Tok Guru.
Sesungguhnya pandangan dr tidak bias kepada mana-mana pihak, terutama kalangan pemerintah dan ahli politik. Umno boleh panas telinga, PAS boleh membuka mata.
Ketika kami mengusahakan dr untuk datang ke Kota Bharu lewat Wacana Perdana lalu, ada suara-saura sinis yang menegur kenapa dr Asri ??… Impaknya ia mencetuskan suatu senario yang makin menyedarkan banyak pihak siapa dr sebenar. Ya, dr seorang yang berani menyatakan yang hak dan melawan kebatilan. Selepas daripada itu kerajaaan negeri sering pula menjemput dr.
Saya sebagai seorang yang berada di dalam sebuah jemaah Islam tentu sahaja mengharapkan dr dapat turut sama memberi saham dan menjadi aset kepada jemaah walau pun tidak terlibat secara langsung.
Dulu saya berpandangan bahawa seorang yang meletakkan statusnya sebagai pendakwah bebas adalah seorang yang pengecut dan tidak berani menyatakan pendirian sebenar. Persepsi saya ini menjadi lebih kuat dengan kemasukkan ke dalam jemaah PAS beberapa nama besar ke dalam PAS seperti Dato’Dr. Harun Din, Dato Ismail Kamus dan Dato’ Dr Hassan Ali. Mereka asalnya bergerak atas kapasiti pendakwah bebas. Justeru saya menyimpulkan mereka menghayati hadis Nabi bahawa hendaklah kamu bersama jamaah kerana kambing yang bersendirian akan dibaham oleh serigala. Kambing sendirian adalah pendakwah bebas dan serigala adalah Umno dan Barisan Nasional!
Sebenarnya ramai yang masih mengharapkan dr berada pada posisi dan kondisi sebagai mufti yang mempunyai ruang dan peluang untuk menegur semua pihak. Apa pun yang pasti dr lebih arif dan maklum dengan tindakan yang dr ambil. Sebagaimana pejunag-pejuang kebenaran juga mengharapkan dr berada dalam gerakan Islam yang benar-benar memperjuankan kewujudan negara Islam tulen.
Moga perjuangan dr akan lebih bermakna bila berada di luar pejabat mufti Perlis.
Wah, kira nya Dr Harussani itu pengecut lah ????
Selepas beberapa hari Umno kalah teruk dalam PRU 12, Sohibu Samahah Dato’ Mufti kerajaan negeri Perak (Perak yang jauh ke tangan Pakatan Rakyat) membuat kunjungan hormat tak rasmi ke Pulau Melaka (kediaman YAB Tok Guru) merayu supaya membentuk kerajaan campuran dengan Umno.
KATA LAH APASAJA HANG NAK KATA
biasalah….dah perangai wahabi…dari dulu lagi patut pecat dr asri al wahabii yang bertopeng sunnah konon
hehehehe, tapi harap juga tidak pukul rata semua orang….
masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Kita rai, peranan semua pihak yang mahu martabatkan Islam…
Itu kan lebih molek….
zaman mencaci, sudah lama berlalu, kini adalah zaman bersama2 berganding bahu menegakkan yang ma’ruf mencegah yang mungkar…
Badrul Amin pernah mahu “memancung” kalau boleh mufti2 Malaysia, dan dengan gelojoh mengatakan DR sebagai bapa syaitan….akhirnya dia tersungkur malu apabila DR mengatakan ….Kalaulah Nabi SAW masih hidup, adakah dia suka akan kelakuan Badrul Amin….biasalah DR, akhir zaman ini pemimpin2 politiklah yang gemar memadamkan cahaya-cahaya kebenaran..walaupun pemimpin itu beragama Islam. Mereka hanya mau Islam semasa majlis perkahwinan dan hari kematian mereka.
berkata benar walau pahit… tapi biarlah berlandaskan ayat-ayat Allah. Kerana ayat-ayat Allah tiada seorang pun yang mampu menafikan melainkan orang-orang yang tidak berakal, sekadar mengikut telunjuk alim ulama semata-mata…
Surah 9: 31. Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah[639] dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
Surah 38: 29. Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran
# perhatikan betul-betul ayat Allah… perhatikan sirah nabi dari wahyu pertama hinggalah ke wahyu terakhir.
# dalam keadaan Islam dipijak-pijak, ramai yang hanya memandang kesenangan nabi berbanding kesusahan yang dihadapi di awal perjuangan baginda…
syahadahku