“Minggu depan Umairah bertanding pidato di PUTIK” infom ummi.

“Yo ko?, bisonya kakak”

Macam biasa Umairah tersengih menampakkan giginya yang rongak.

Semalam Umairah dinobatkan sebagai naib juara pidato. Baba boleh tunggu sebentar sahaja sebab ada mesyuarat. Masa nasyid sempatlah tengok. Nasyid PASTI Umairah, PASTI Darul Anuar dapat johan.

Tinggalkan kamera pada Marwazi minta rakam video. Balik-balik tengok, gambar ada, tapiĀ tak ada suara!

“Masa Umairah pidato mikrophon tak berbunyi” kata ummi.

Kalau tidak mesti boleh johan!!!!

Advertisement