Lawatan dan pertemuan Lajnah Penerangan PAS Kawasan Kota Bharu dengan YB Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat adalah sebagai pertemuan untuk berjumpa mata di samping mendengar taklimat, arahan dan bertukar-tukar maklumat.

Demikian dinyatakan oleh Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi, Ketua Penerangan PAS Kawasan Kota Bharu dalam ucapan aluannya. Rombongan yang disertai oleh 14 orang jawatan kuasa itu juga mengambil peluang untuk mengikut sidang parlimen yang sedang berlangsung sekarang.

Suasana sidang pada Rabu 29 November agak tenang. Seperti biasa kerusi-kerusi Menteri kosong. Hanya Menteri dalam Negeri yang kelihatan (hanya seketika) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang datang untuk menjawab soalan Rembau berkait dengan surau. Khairy bercakap tentang pengimarahan dan pembangunan surau-surau.

Mahfuz Omar dalam taklimat di Pejabat Agung menyebut misi, visi dan perancangan lajnah. Beliau juga mewarwarkan suatu program besar bakal dilaksanakan oleh pihak lajnah Penerangan PAS Pusat iatu program yang dikenali sebagai Jom Sertai PAS. Pelancaran peringkat pusat dijangka akan diadakan di Pahang pada November ini. Selepas itu ia akan diadakan di peringkat negeri-negeri.

Menyentuh suasana politik negara pada hari ini, beliau menjangkakan bahawa sekiranya Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada Mac tahun depan, Najib hanya akan mampu bertahan beberapa bulan sahaja.

“Sewaktu Perdana-perdana Menteri dahulu naik menjawat jawatan tersebut mereka membawa imej yang agak positif dan rekod baik.

“Mahatir dijulang sebagai ultra malay, manakala Pak Lah terkenal dengan gelaran mr. clean”

Menurutnya lagi, sedangkan ketika Najib bakal menerajui kerajaan Malaysia dan akan bergelar Perdana Menteri ke 6, dirinya dimomok dengan pelbagai skandal seperti Altantunya, sifat boros berbelanja dan campur tangan Rosmah dalam pentadbiran. Jika disenaraikan skandal-skandal dan tuduhan terhadap Najib sebelum daripada ini, ia hampir mencecah 10 kes.

Benar. Terbaru isu Najib ialah eurocopter yang dikatakan turut memalitkan nama Pak Lah dan kroninya. Masing-masing mula ‘mendedahkan’ keterlibatan secara tidak telus sehingga memaksa Pak Lah menangguhkan pembelian tersebut.

Sememangnya amalan saling mendedahkan isu dan keburukkan para pesaing dalam perhimpunan Umno perkara biasa dalam Umno. Ketika itu pembangkang tidak perlu berbuat apa dan hanya menunggu peluang untuk bertepuk tangan dan memainkan isu (spin) sebaik.

Akses sahaja mana-mana blog dan web politik, anda berpeluang melihat gambar-gambar ‘menarik’ samada pemimpin Umno sendiri atau kerabat keluarga mereka.

Tepat sekali kata Mahfuz

“Mereka,  Umno sekarang ‘memburu’ kemusnahan, bukannya kemusnahan yang mencari Umno”

Advertisement