“Nasron! Buleh ko hidang daging ngekoh ko demo ni” soal ayah saya ketika abang buat kenduri aqiqah anaknya.
Ceritanya abang saya bintang bolasepak negara era 80an, Salim Mahmud ketika itu menjadi jurulatih kepada skuad Kijang, buat majlis aqiqah anaknya. Antara jemputan yang hadir ialah pemain import saya pun tak ingat mat salleh mana.
“Errrk…” saya jadi konfius pulak.
“Nantilah ore try telefon Pulau Melaka.”
Saya bercadang untuk terus bertanya Tok Guru, tapi Tok Guru tidak ada waktu itu.
Saya dapat bercakap dengan anaknya ustaz Nik Abduh.
“ Gini….dalam bab ni ayah ana ada pandangannya sendiri.
“Dalam keadaan Islam ditohmah sebagai terrorist, fanatik dan macam-macam lagi lebel, ayah ana berpendapat tidak apa menghidangkan daging kurban atau pun aqiqah pada non muslim.” ujarnya.
Katanya pendekatan dakwah perlu kepada semasa dan hukum cabang boleh berubah dan dalam hala ini kita seharusnya lebih toleran. Ia akan sekali gus menangkis justifikasi bahawa Islam agama yang rigid dan hanya mementingkan umatnya sahaja.
Saya lantas memaklumkan kepada ayahanda saya. Tanpa soal ayah saya menyuruh dihidangkan kepada mereka.
Alhamdulillah, kelebihan ayah saya ialah dia boleh menerima pandangan-pandagan baru dan agak terbuka,
“Mintok perfume mun sikit, Hj Hasbullah (mantan mufti Kelantan) ngajar malam tadi kata boleh pakai bauan beralkohol ketika sembahyang,” kata ayah ketika mahu ke masjid telipot solat Jumaat.
Bahkan ayahsaya turut menyanggah amalan-amalan adat yang dianggap ibadat.
Apalagi yang melibatkan amalan jampi mentera bomoh. Pernah sekali ibu saya mengalami sakit kaki yang amat sangat sehingga dia tak dapat berjalan. Tanpa pengetahuan ayah ma pergi berjumpa dengan tok bomoh. Mengikut firasat (karut) tok bomoh itu ada sesuatu di selipar di rumah kami.
Ma memaklumkan juga pada ayah bahawa tok bomoh tadi akan datang untuk cari selipar berkenaan. Apa lagi ayah seperti mengamuk sakan sampai jadi pertengkaran antara ma dengan ayah. Orang perempuan apa lagi . Menangislah.. Saya setuju dengan tindakan ayah namun simpati dengan kesakitan ma.
“Aziz! Mun gi oyap ko tok bomoh tu jangan mari!” arah ayah pada almarhum abang saya.Dalam keadaan keadaan serba salah abng Jid akur dengan arahan ayah. Diluah marah ayah ditelan kesian mak!
“Mari sini kaki aku tengok!,” kata ayah pada ma.
Dalam keadaan sakit bercampur marah ma menghulurkan kaki pada ayah.
Entah ayat apa ayah baca hari itu, kaki ma sembuh serta merta diurut ayah! Seingat saya tak ada sejarah ayah pernah jadi bomoh pun.
Apa lagi selepas itu besarlah bual ayah!
MORAL
- Perlu ada sikap keterbukaan dalam agama
- Namun hanya pada soal perkara furu’ (cabang)
- Tegas dalam mempertahankan prinsip
- Jangan bercita-cita nak jadi bomoh karut!
Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.