Hebat. Puas hati. Teruja. Berbaloi. Seronok. Bermakna. Mengesankan!!!
Tiada bahasa yang boleh kami ungkapkan untuk menggambarkan betapa berjayanya Wacana Perdana Transformasi Politik Malaysia yang berlangsung di Dewan Balai Islam, Kompleks Islam Darul Naim Kota Bharu malam tadi.
Kehadiran yang luar biasa menambah semangat kami, meski pun pada masa yang samada berlansung pertandingan akhir Piala Emas Raja-raja antara Kelantan dan Pulau Pinang (negeri Pakatan Rakyat) di Stadium Sultan Mohd ke 4 Kota Bharu.
Ramai yang meragui kehadiran Khairy pada malam bersejarah itu.
<<saya rasa khairy tak akan datang>>
<<Khairy mari ko?>
Itu antara sms yang saya terima. Bahkan beberapa minit sebelum bermula masih ramai yang sangsi kehadiran Khairy.
“99.9% akan hadir, 0.1 tak hadir sebab mati!” jawab saya yakin.
Hati saya tetap berdetup-detap juga berada dalam suasana audien yang terkadang agak ghairah dan emosional. Namun kehebatan moderator berjaya mengawal keadaan.
“Kalau tidak ada sorak sorai, manakan hidup majlis, ” respon Dato Husam dalam sidang media selepas itu. Khairy menangguk-angguk tanda setuju.
Saya tidak berhasrat untuk komen sikap Khairy yang bukan sekadar berhujjah tetapi kerap menggunakan bahasa tangan yang tidak mencerminkan kematangan. Juga bukan ingin mengulas banyak persoalan yang sengaja diabaikan oleh Dato’ Husam. Beberapa soalan maut moderator sememangnya memberi pukulan kepada 2 ahli politik itu.
Prof. Dr. Aziz bagai menempelak penyokong Khairy jangan tahu sorak,
“Saya bukan ahli politik, saya bercakap atas perlembagaan dan undang-undang!”
Pada suatu ketika Dr Aziz bagai mereda kemarahan 2 lawan 1 (sorakan pemuda Umno) dengan menyokong beberapa kenyataan Khairy.
Kita bukan juga ingin menentukan siapa menang siapa kalah pada malam tersebut. Apa yang penting kami berjaya membawa kedua tokoh tranformasi itu dalam satu forum. Membahas, membincang dan tahap mendebatkan topik transformasi.
Kami menamakan program wacana dengan objektif ia menjadi medan antara 2 seteru politik bertukar pandangan, memberi penjelasan dan membincangkan isu transformasi dalam politik negara.
Terima kasih kepada moderator professor Dr. Mohamed Agus yang berjaya menjayakan objektif Wacana Perdana yang kami harap-harapkan
Sememangnya puas hati meskipun terkilan KTV tidak dapat menyiarkan lintas langsung melalui web tv kerana masalah liputan. Tapi background music transformer menjadikan malam yang gamat bertambah hebat.
“ Aku pasti teringat-ingat ko mun 2 Din ni,” Merujuk kepada saya dan Saifudin.
Itu kalam terakhir prof Agus kepada kami selepas sarapan bersamanya di Jalan Pengkalan Chepa. Terima kasih prof. Prof memang hebat. Prof membuktikan anak Mache Kelate memang hebat. Pong (pam) angin prof!!

Ribuan memenuhi Balai Islam
salam perjuangan ustaz, baguslah semuanya berjalan lancar, betapa mahalnya pengalaman ini kepada sesiapa yg terlibat, pasni kato nk anjur ISA plok, memang best lah,rugi takdok kota bharu…beres …
Tahniah kepada kerajaan negeri kelantan kerana berjaya menonjolkan sikap keterbukaan kepada mata-mata mereka yang rabun selama ini 🙂