Sekarang adalah era Barisan Nasional mengalami kejatuhan demi kejatuhan Kita akan bakal menyaksikan satu lagi kerusi parlimen yang disandang oleh BN akan jatuh. Kita tidak sewajarnnya terlalu terlebih yakin, sehingga lupa dan lalai dengan mainan musuh, tetapi melihat kepada trand rakyat yang mengundi lewat Pilihanraya Umum 2008, BN berdepan dengan kesukaran untuk menang mana-mana pilihanraya kecil. Inilah yang menjadi igauan dan trauma yang maha dasyat bagi Barisan Nasional. Berdepan dengan Pilihanaya Kecil (PRK) adalah sesuatu yang tidak disenangi oleh BN.
Perlu diingat majoriti kekalahan Mat Sabu dalam PRU 12 adalah kecil.
Saya menjangkakan Pakatan Rakyat sekali lagi akan mendapat menang besar dalam PRK P.036 Kuala Terengganu.
1. Kesan daripada PRU 12 yang lalu. Pengundi yang sebelum ini mengundi BN akan kembali mengundi PR. Ada kalangan yang yang sebelum ini mengundi BN merasa kesal dan terkilan apabila melihat kemenangan besar PR di 5 buah negeri. Sepatutnya mereka menjadikan Terengganu juga negeri PR.
2. Kemasukan bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Dato Abu Zahar Hashin ke dalam PAS. Ia memberi tamparan yang cukup hebat di saat-saat Umno Barisan Nasional kelihatan nazak memulih semula sokongan rakyat kepada mereka
Isu Hudud
Isu hudud yang cuba dimanipulasikan oleh Umno lewat kenyataan Dato’ Husam di Wacana Perdana Transformasi Politik Malaysia tidak akan diterima oleh masyarakat cina Kuala Terengganu. Bukan Islam sebenarnya lebih masak dan faham dengan situasi sebenar. Buktinya pada malam wacana tersebut pengerusi Kelab Penyokong PAS yang turut serta dalam sesi dailog tidak mempersoalkan kenyataan Dato Husam. Lebih menarik Ahli Jawatankuasa DAP, Teng Chang Kim ketika mengulas isu hudud, menyebut bahawa segala keputusan PR adalah kembali kepada meja rundingan.
Seperti yang saya katakan Husam menyatakan pendiriannya dan pendirian parti bahawa PAS tetap konsisten dengan pelaksanaan hudud. Cuma pendekatan, cara dan politik yang menentukan kaedah dan cara pelaksanaanya dalam masyarakat yang multi agama seperti malaysia. Ia sedikit pun tidak mencerminkan sikap hipokrit pimpinan PAS. Pentingnya sikap tolerasi dan keterbukaan yang ada dalam parti kompenan PR.
Isu Pembangunan
Pembangunan dalam bandar Kuala Terengganu juga akan menjadi senjata lapuk BN tanpa mereka menyedari bahawa pengundi P.036 adalah terkalang golongan pertengahan yang berpendidikan dan warga bandar yang kalis dengan pembangunan. Kelantan yang diperintah oleh pembangkang pun tetap melaksanakan agenda pembangunan.
Cuma sedikit kebimbangan ialah politik kotor yang akan terus digunakan di KT. Jentera kerajaan tetap dieksplotasi. Pengundi hantu juga perlu diberi perhatian kerana ia dikatakan antara faktor kejatuhan kerajaan PAS lewat PRU 2008. Satu lagi, maaf cakap sikap orang Terengganu yang terkadang dilihat melawan arus. Saya tidak berhasrat untuk memanjangkannya.
BN pasti menang, sekiranya Dato Seri Najib dan Khairy tidak turun kempen.
terpulang kepada penggundi KT
diharap orang kuala terengganu cuba memberi peringatan kepada umno bn bahawa umno bn tidak boleh berbuat sesuka hati di muka bumi malaysia ni. negara ini bukan pemimpin umno bn yang punya. mereka hanya diberi tanggungjawab untuk memerintah negara ini sahaja untuk membawa keamanan bukan untuk merompak segala harta negara yang ada. oleh itu berilah kemenangan kepada calon pembangkang kerana dengan kemenangan itu, umno bn tidak melaksanakan rancangan yang boleh merugikan rakyat sekelian seperti penswastaraan ijn, pengajaran sain dan matematik dalam bahasa inggeris dan lain-lain lagi. kalau pembangkang menangpun, rakyat kuala terengganu tidak rugi apa-apa tetapi boleh membantutkan perancangan yang merugikan rakyat.
Jangan berlagak, ujub, sombong dan riak.. Belum pilihan raya jangan nak cakap besar.. Nanti terjatuh, diri sendiri yang malu.. Tak baik merendah2kan sesama bangsa dan agama.. Adalah baik bersatu padu.. Moga aman dan makmur Malaysia ni.. Nak jadi mcm israel dan palestin ke? Atau di selatan Thai? Mintak simpang la..
Komeng yang diberikang oleh Naib Pengerusi DAP YB M. Kulasegaran tu betulnya,. “HUDUD hanya untuk Islam sahaja”,Lebih lagi baca sendiri laa. Kenapa Orang Cina, India (susah gok orang Kafir la) takut ke HUDUD?. Tak payah panjang cerita kita fokah ke Teganu pulok laa.
Kita orang harap semua penyokong, pemimpin PAS, PKR, DAP dan Pakatan Rakyat seluruhnya turun ke Kuala Terengganu, untuk membantu kempen menewaskan budak pak Lah dan musuh Najib..tu.
Tapi jangan lupa jugok, minta sumbangan , pitih emas, tenaga, doa, air mata dan kesiah belas untuk PAS di Terengganu dan umat Palestin (HAMAS) yang ketika ini sedang dibunuh dengan kejam oleh Yahudi dan Israel.
Mr. OBAMA Presiden USA ……mung dok wak apo bendo??? tak berani nak kata apa??????
Kata yah nak bawa perubahan………
Israel dok membahang………
mu dok diang…………..
Tak dok sifat kesiang…………..
Umat Palestin, HAMAS pun orang…………