Ketika saya merancang untuk menulis posting ini terlebih dahulu saya menghantar sms kepada rakan-rakan
<< pemuda negeri kelihatan lesu..program tarbiah jammed..program penerangan ada tetapi nampak bukan program pemuda.. Itu antara posting terbaru annasru.wordpress.com. NANTIKAN!
Ternyata pelbagai repspon sepontan saya terima. Antaranya :
<<teruskan. Ana sokong 100%>> Cikgu Zuhari
<<katakan yang benar walaupun pahit>> Dr Rosli
<<semoga baik-baik sentiasa>> Us Nordin
<<5 bulan lagi muktamar. Nak stat doooh>> Saifu
<<tunjuk perasaan anti Israel, pelajar KIAS mendahului>> Nik Hamdi
<<benar sekali…posting dulu, pah tu ana timbuk kot belake pulok…ko strategi 2009>> Ruzli
<<macam iklan wayang gambar pulak!!>> Wan Zil
Senario politik PAS sekarang boleh dikatakan dalam keadaan agak selesa. Kerajaan negeri Kelantan juga boleh dikatakan begitu selepas kemenangan yang tidak terduga dalam Pilihan Raya Umum (PRU 12), lewat Mac 2008 yang lalu. Kemenangan itu menjadikan kita lebih selepas selepas berada dalam situasi mencemaskan dari tahun 2004 sehingga awal 2008. Ketika itu penyokong PAS walaupun kelihatan tenang, namun dalam hati sentiasa bedebar dengan pelabagai karenah dan serangan musuh Umno yang sentiasa menganggu gugat kerajaan pimpinan Tok Guru.

Rehlah di Pangkor berjaya
Keadaan bertambah selesa kerana Umno seperti kesasaran membedil negeri-negeri Pakatan Rakyat lain. Kelantan tidak lagi menjadi fokus sasaran utama.
Apakah faktor selesa selepas Mac 2008, maka kita ingin kembali berada dalam posisi selesa sebagaimana selesanya selepas kemenangan besar 1999. Kemudian berdepan pula dengan kegetiran pada 2004. Ingat! Sifir gelombang piliharaya perlu juga diambil kira biar pun ia hanyalah sifir dan lebih bersifat analitikal.
Pemuda dalam era kepimpinan sekarang mungkin mula dijangkiti semula virus selesa ini. Berapa ramai kepimpinan parti sekarang yang berkhidmat dalam kerajaan negeri. Tanpa menafikan bahawa itu adalah positf bagi memastikan parti menguasai kerajaan. Namun adakah mungkin tugas-tugas mereka dalam kerja-kerja kerajaan membataskan mereka untuk merancang pula aktiviti kepartian. Sekadar hadir dan menumpang program orang lain sudah dikira orait? Pertindan tindihan jawatan bukan jawapan alasan kerana kita yang mengakurinya.

YB Ketua Pemuda
Program tarbiah sebagaimana yang disebut langsung tidak berlangsung. Program tarbiah DPPNK kaku membawa mati!. Kalau dulu programnya tidak banyak, namun usrahnya tetap konsisten. Ya! Nadi tarbiah adalah usrah. Sekiranya usrah tiada, bermakna tarbiahnya tiada! Inilah kesannya apa agenda tarbiah berbaur agenda politik!
Program penerangan pada sesi lalu hidup dengan Pentas Pemuda. Ia ternyata berjaya walaupun bukan mudah mengendali dan mengurus Pentas Pemuda yang melibatkan kesemua DUN.
Ketua penerangan memegang dua jawatan penerangan negeri dan pemuda. Sedarkah bahawa ia satu sejarah dalam PAS negeri Kelantan. Program penerangan tetap ada walaupun ia tidak kelihatan bukan program kepemudaan, kendati tenaga pengeraknya kalangan pemuda. Kerana itulah mungkin wujudnya karenah birokrasi dalam penyaluran bajet program. Program dilulus di peringkat perhubungan dan terlaksana dengan jaya, namun jadi masalah pula masa melunaskan. Mangsanya orang lain yang menanggung.

Ekspresi Membina Blog
“Siapa yang buat, siapa yang anjur itu tidak penting, yang penting program berjalan”
“Lagi penting kita sudah berjaya mewujudkan suatu isu nasional melalui Wacana Perdana yang mengegarkan satu Malaya!”
Wah!! Jangan sampai syok sendiri sudahlah!
Cuti persekolahan hujung tahun 2008 gagal dimanafaatkan untuk menarik golongan muda dan remaja, sedang mereka sering diwar warkan asset masa depan pemuda. Di mana visi dan misi Jabatan Pembangunan Remaja yang ulung itu? Atau mansuhkan sahaja JPR yang bertaraf jabatan itu!
Apa pula isu terbaru http://dppkelantan.parti-pas.org/. Hasrat Terselindung di sebalik Penarik Balik Larangan Melawat Kelantan oleh Naib Ketua Pemuda. Ok lah tu.
Unit Amal boleh dipuji kerana konsisten membawa misi kerahan membantu apa jua program. Penghargaan yang tidak ternilaikan harus diberikan atas penat lelah mereka yang tidak mengira panas hujan ribut dan badai. 5 star for Unit Amal!
Kerahan. Ya, kami orang bawahan hanya menunggu arahan dan kerahan.
Kita nantikan kemuncak Mesyuarat Agung Tahunan. Makin menghampiri MAT maka seperti biasalah kelam kabut berebut tarikh. Usrah nak buat sekali, ceramah kena buat hak terakhir. Sukan nak buat jugok, Markaz Siswazah Kelantan (MSK) nak buat meting.
Apa pun seperti biasa agenda, aktiviti dan laporan MAT tetap akan penuh.
Yup!. Termasuk penuh dengan aktiviti membantu kempen Piliharaya Kecil P.44 Permatang Pauh dan P.036 Kuala Terengganu! Kalaulah benar-benar tampak membantu.
Sibuk dengan kerja-kerja membantu PRK. Itulah jawapan yang paling konkrit, jitu dan paling menyakinkan perwakilan kelak!

Di mana DPPNK di Kuala Terengganu
Sekilas melilau si anak cencaru;
Jangan dikata anak tenggiri;
Buka niat nak bikin celaru;
Sekadar muhasabah sesama sendiri.
Anak kijang terkena jerat;
Jerat diletak di pangkal langsat;
Hamba tak reti nak pesan nasihat;
Itu juga sendiri mahu ingat.
Slam ust nk tunjuk bendo ni …..try tekan –> http://classes.colgate.edu/osafi/relg328/Muhammad%20calligraphy%20by%20Muhammad%20Zakariya.jpg 😀
eh bkn yg tu tp yg ni http://4.bp.blogspot.com/_MxJm1C6kNdQ/SVz19XEgPqI/AAAAAAAABeE/j0B02hUhni8/s1600-h/biodata+syahiran.png
he..he.. 😀
salam ustaz tarbiah mesti diteruskan sbgaimana org2 berkata perjuangan mesti diteruskan,JPR memg kena gerok, kalu tdk masakan akan menjadi sperti melukut di tepi gantang ,kena push kuat ,tp xrusing pemuda KB rmai lagi, kena gerok sgguh tu…
ha..ha..ha.. ok jgak skrg2 nye org berhati2 jd tumpuan lam kampus ni
salam muqabalah…..
BENAR SEKALI WALAU PUN PAHIT…!!!!Kenapalah kita sering memberi berbagai alasan bila di tanya??Itu lah sebenarnya kekuatan kita………
kita lah sibuk bila zionis menganas,sibuk apa aku pun tak tau….
Syabas dan Tahniah dikalungkan pada Lajnah Penerangan tapi ZERO pa Tarbiah!!!!(sabar walau pun pahit..)banyak program penerangan telah mendahlui lajnah2 lain ,yang lain2 masih dok&*^%&%$#@#(*&%%.
Tahniah pada unit Amal tapi buat kb& pc shj sebab tk nampak yang lain2
Ayuh la DPPNK……..bangkit dari lena tu masih belum terlambat,muktamar dah dekat ni…..
Salam Perjuangan…
Terdetik hati ini nak komen skit, mungkin sebab ramai ajk dppnk ni merupakan tahun akhir mereka untuk sesi ini, maka mereka buat dek jer. Sebab tahun depan bukan lagi mereka yang pegang.
Apapun saya ucapkan tahniah kepada su penernagan yang bekerja kuat bagi mengadakan program2 untuk lajnah tarbiyyah.
Buat teman Tepi Airport, Unit Amal (UA) bukan hanya KB & PC sahaja, cuma bila program yang melibatkan di PUTIK, UA PC & KB sahaja yang dilibatkan memandangkan UA kawasan lain jauh sedikit. Tapi bila ia memerlukan anggota yang ramai barulah UA kawasan lain dilibatkan. Kalau sekadar 20 orang UA PC & KB dah ler, yang lain jauh. Saya selaku SU Jabatan Amal Kelantan kena fikir juga minyak motor dia orang yang jauh nak bertugas.
benar apa yang dikata ….kalu ada pun kakwe tak hadir …hangat2 taik ayam jerrr
Salam Perjuangan!!
Bangkit la DPPNK woi!
jangan time nak milih baru nak kalut nga program2, sapa time nga anak bini pon xd.. hu3
tidur lah DPPNK… moga2 UMNO akn trus mampus dalam air liur basi kito jah…
cekak nok takbir la..
Selamat Tahun Baru 2“00”9 🙂
Kite Pakat Undi BN Deh 🙂
http://pro-faizal.blogspot.com
Takkan Melayu Hilang Di Dunia
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu 😉
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
pelik kan?
bila program berunsur hiburan (mkn angin dll) ramai la y hadir, uzur ckit pon g jgak…
xd duit, kehel jgk bia ada, p prgoram y sepatutnya diberi perhatian khusus, contohnya usrah, tamrim dll, ditinggal sepi tanpa perhatian,
masuk penggal ke 19 tahun kita memerintah, nampak gaya, kita bertambah leka, lebih2 lagi dgn kemenagan 5 negeri baru2 ini,
pemuda makin lesu bak org y demam di beri minum air batu, menggigil dalam selimut, berkelambu, sepi membisu… macam tiada apa2 berlaku
bangkitlah dari lamunan, moga2 lembaran baru 1430/2009 akn mmbawa satu perubahan, jgn hanya sekadar menelan kepahitan, kesilapan berulang, tahun mendatang pekara yang sama masih berulang, hanya janji yg dilemparkan, tiada apa tindakan,
wassalam….
Ana nak komen sikit pasal ini..
” Kerana itulah mungkin wujudnya karenah birokrasi dalam penyaluran bajet program. Program dilulus di peringkat perhubungan dan terlaksana dengan jaya, namun jadi masalah pula masa melunaskan. Mangsanya orang lain yang menanggung ”
Rasanya bukan masalah birokrasi tetapi sikap lantikan politik dalam kerajaan yang tidak mahu bersusah payah sikit untuk berusaha mendapatkan peruntukan dari kerajaan sendiri, kenapa perlu dibebankan parti, sedangkan parti yang menguasai kerajaan, sepatutnya bila program ini berjaya mengegarkan satu Malaya dan satu kejayaan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dalam menganjurkannya, para exco kerajaan sepatutnya tanpa banyak bertanya melunaskannya, tidakkah peruntukan exco itu berpuluh ribu, takkan tak mampu nak selesaikan.
Rasanya kalau Phubungan mengambil sikap melengah-lengahkannya, tentunya perhubungan mengharapkan para exco lebih prihatin dalam soal ini, pitih parti jugok yang nak dihabiskan, pitih keraje utk memewahkan diri sendiri ko ????
Saudara Khairul Azzam yang dihormati,
Kami bincangkan program dengan UPNK. Kami tidak pun buat permohonan bajet dengan pihak BPPNK. Tapi pihak BPPNK yang offer untuk membiayai Wacana perdana. Bahkan pihak perhubungan mengesyorkan supaya ditambah nilai saguhati kepada panelis(tidak termasuk Dato Husam yang tiada saguhati)
Sekian, harap maklum
kawe raso bo laaa wi din towil pege tarbiah DPPNK kalu toksir mapuhn gak…puak2 kawekerlih puak demo supo jah nga….time PR gak pakat2 tunjok muko padahal cari glamou jah lebih…
Salam
Kebiasaan mana-mana pertubuhan yang merancang adalah setiausaha bukan ketua, tapi apa nak jadi dengan setiausaha lajnah dakwah & tarbiah ni. Dah tak minat nak buat usrah kut. Tak tahu la, dunia akhir zaman kut
slam ust. sy ingat kn sy je yg napok tarbiah di klate smkin kurang, sy xbari nk tye tkt kne maroh he..he.. walu pe pun sy akn support
Takpo la kito buat la ……….tapi kalu tak mari lagu mano?????
dan jgn lupo kita kekalkan AJK hok ado loni baru bereh,……tak kena usrah,ko guano
undi lah hok ado loni pulok…………
kalu kita gi USROH di pulau perhentian ke,tioman ke atau medan ke mungkin RAMAI KOT..!!!!
AJK PUN NAIK SEMANGAT..