Agak lama jugak saya tak berblog. Ketika berada di Kuala Terengganu saya cuba untuk menulis. Tulis dua baris, hilang mood. Bukan tak ada cerita dan isu, tapi mood yang tak ada. Menulis bukan boleh main tulis saja. Lainlah mereka yang kerjaya sebagai menulis. Untuk cari makan dan survive, mereka mesti tulis. Ada juga yang menulis kerana mahu glamour. Ada ke? Setakat cari makan dan glamour tak pa lagi, yang menulis kerana mengampu yang kena kutuk dek orang dan Tuhan.

 

Beberapa hari berada di bilik gerakan Parti Keadilan Rakyat, terasa gerak kerja mereka lebih hebat dan aktif. Bukan setakat Ginie Lim Siew Lin (Penyelaras Media Pejabat Ketua Pembangkang dan Exco Pusat Angkatan Muda KeADILan) yang friendly melayan kami, kebanyakkan cina di situ cukup komited menjalankan kerja-kerja pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. Lewat malam belum balik, awal pagi sudah ada.

 

Ah! Rasa sudah nak basi cerita pasal. PRK P.036 KT. Sarawak here we come. Heh, mesej Ginie tuh.

 

Tabung Amanah Cakna Palestin

Jumaat lalu secara rasmi Kerajaan Negeri melancarkan Tabung Amanah Cakna Palestin di Stadium Sultan Muhammad ke 4. Mengikut sumber Harakah, lebih 10 ribu orang yang hadir. Rakyat Kelantan cukup-cukup pemurah sebenarnya. Difahamkan kutipan daripada orang ramai pada malam itu lebih daripada RM150,000. Program malam itu ternyata mencapai matlamat.

 pales

“Bos, stage simple sangat”

“Memang sengaja kerana suasana perang”

“Huh, kalau saya buat lagi kreatif, simple tapi kreatif” Itu saya bermonolog sendirilah. Orang dah buat letih-letih dia tahu nak kritik jah.

 

Pentomen yang dipersembahkan membawa mesej yang ringkas. Biasanya orang kita tak minat pentomen yang berat-berat. Sekadar angkat patung-patung mayat dan dan angkat bendera-bendera negara dunia. Walaupun mesejnya tidak mendalam dan mengusik jiwa, ia menjadikan majlis pada malam itu penuh berwarna. Apatah diserikan dengan tembakan peluru-peluru. Diserikan? Hehe.. Pasal ada mesej nakal sampai pada saya

“Macam malam merdeka la pulak”

 

Tok Guru hanya sempat bercakap dalam durasi 10 minit sahaja.

“Kerana jam sudah hampir 12.30, saya tak berhasrat untuk berucap”

Begitulah lazimnya Tok Guru apabila masa melebihi jam 12 malam.

plstin 

“Saya tidak mahu dikatakan melanggar undang-undang,” katanya dalam satu majlis lain. Ironisnya ramai sangat yang berucap pada malam itu. Overlamp dan panjang-panjang pulak tu.

Sistem bunyi pun tak ok. Bertubi-tubi sms sampai komplen, protes dan merungut sebab runut bunyi tak menyeluruh.

 

<<<Kalau sekadar nak suruh VIP aje boleh dengar molek, baik aku baliklah!!!>>

<<Kalau gini, speaker peringkat Bunut Payong pun tak lulus nih!!!>>

<<Speaker pecah wey!!”

 

Saya rujuk pada pengendali P.A System, jawapan yang diberi saya pun tak faham. Bila saya rujuk pada bos, jawapan yang sama diberikan kepada bos. Huh, semula cari orang lainlah. Buat malu kerajaan saja.

 

Apa pun tahniah kepada semua pihak yang terlibat dengan penganjuran majlis pada malam itu.

Marilah kita terus berinfaq dan menderma. Saya sedang berkira-kira macamana nak cari RM300 kerana kami AJK DPPKB sebulat suara mesti cari paling kurang RM300 seorang. Siapa mahu bantu saya silalah. Anda beri saya, orang tak tahu anda yang sumbang, lagi banyak ganjaran pahalanya!

 

* Gambar-gambar saya plagiat dari harakahdaily.net sebab tak bawa kamera. Huhuhu..

Advertisement