logo-pksSaya berkesempatan berbual panjang dengah Hj Ubaidah, Pengarah Pusat Kajian Strategik baru-baru ini. Itupun kebetulan entah macamana dia minum pagi di Berek 12 hari itu

“Haji dok situ lagi?” tanya saya.

Dia terdiam seketika lantas menjawab, “Dok doh”

Sememang saya menerima maklumat beliau akan meninggalkan PKS.

Lansung perbualan kami berkisar kepada PKS. Dia semacam sedikit kecewa.

“Semua dah tak ada di PKS..”

Beliau menghitung nama-nama yang meninggalkan PKS.

“Beri pada orang muda, orang baru pulaklah.”

“Program yang saya betul-betul puas hati buat ialah Tamrin Buniyanun Marsus.”

“Ada orang pertikaikan program tersebut,” kata saya yang juga terlibat sebagai instuktor program.

“Program itu memberi kesan yang cukup mendalam walau pun ada yang kata program itu banyak habis belanja.”

‘Kesannya ada DUN yang kita buat peserta sampai menangis-nangis.”

“Lagi saya sedih bila orang mempertikaikan modul  perbetul bacaan Al Fatihah yang kita selit dalam Buniyanun Marsus”

“Tapi ada yang puji modul itu haji,” saya mencelah

“Ya, kita guna tenaga pakar dari Maahad Tahfiz Pulai Chondong”

“Eloklah, enta tenaga muda, bawalah perubahan”

“Orang lama kena ada juga haji,” balas saya senyum.

“Sebut pasal orang muda, apa pandangan haji tentang sokongan orang muda kepada PAS dan Pakatan Rakyat.”

“Ya, kita melihat itu…” katanya ringkas. Walau pun pandangannya biasa-biasa saya mendapat pengalaman berbual dengannya.

“Kita sepatutnya buat analisis dan kajian mengapa orang muda beralih menyokong kita,” saya menyarankan.

“Mungkin satu-satu tempat kita mendapat sokongan orang muda di Terengganu, tetapi belum tentu di tempat lain.”

“Ya.. ya…”

Kata saya lagi,“ Sekiranya kita mendapati  sesuatu daripada daripada kajian itu, kita boleh implimentasikan di tempat lain.”

Lantas PKS perlu dirombak, diberi nafas baru dan dipersegarkan fungsi dan peranannya. Masih wujud agensi-agensi dan unit-unit dalam kerajaan negeri yang kelihatan tidak efektif dalam tugasnya, tidak berdaya maju dalam menjalankan akiviti dan lesu dalam mencapai objektif dan matlamatnya sebenar.

Kita tidak tahu mungkin atas sifatnya yang sebuah badan kajian strategik, maka programnya tidak ditonjol, namun terlalu banyak yang boleh dilakukan oleh PKS dalam terus memperkasakan kerajaan membangun bersama Islam.

Pernahkan anda melawat http://members.tripod.com/pkskel/

Pasti terjawab…

Advertisement