Alhamdulillah. Segalanya berjalan walau pun tak selancar mana. Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu berjaya diselesaikan pada 23 Mac lepas di Dewan Gelanggang Seni Kota Bharu. 2 catatan dapat direkodkan dalam sejarah walaupun ia bukanlah suatu rekod yang menggemparkan.

 mat1

Pertama ia dilangsungkan dalam zon yang biasanya bergema dengan irama dikir barat, wayang kulit dan pelbagai aktiviti kesenian. Keduanya untuk pertama kalinya ia dilaksankan pada sebelah malam.

Mungkin rekod ketiga boleh dicatat di sini MAT DPPKB kali ke 31 ini dilangsungkan 2 hari? Kenapa? Kerana mesyuarat ditamatkan dengan tayangan Memori Bersama Ustaz Baharudin (yang cukup usia pemuda) pada jam 1 pagi 24 Mac.

Negaraku..Tanah tumpah..

Negaraku..Tanah tumpah..

Pengalaman mengendali program-program seperti ceramah pada sesi malam rupanya tidak sama untuk menguruskan mesyuarat agung.

Cabaran bermula apabila tetamu utama YB Dato Cikgu Wan Abb Rahim memaklumkan kelewatan yang tidak dapat dielakkan untuk sesi perasmian. Beliau menaiki pesawat daripada Kuala Lumpur semata-mata untuk pulang merasmikan MAT DPPKB! Kemudian keesokkan paginya beliau dijadulakan berlepas pula ke Batang Air Sarawak!

Kesudahannya YB Ustaz Ahmad Baihaqi (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan) yang merasmikan MAT pada malam itu, selepas YB Ketua Pemuda Negeri juga terikat dengan komitmen lain. Protokol tetamu yang akan beri ucapan diselesaikan walau pun sedar ada yang tidak kena. Benda protokol kadang-kadang jangan diperbesarkan walau pun tidak  sepatut dipandang remeh.

Kehadiran wakil-wakil Pakatan Rakyat menyeri dan menambah nilai kepada kerjasama antara kompenan. Walaupun yang hadir majoritinya bukan mewakili komuniti pemuda.
Simbolik pelancaran Unit Tindakan Khas Kota Bharu

Simbolik pelancaran Unit Tindakan Khas Kota Bharu

Kerjasama perwakilan dan pemerhati memuaskan. Seawal waktu solat maghrib berjemaah dewan sudah penuhi dengan pemuda-pemuda Kota Bharu yang jelas komited dengan mesyuarat kali ini.

Biasanya saya juga boleh jadi ‘terbakar’ kalau atur cara majlis tidak berlangsung seperti yang dirancangkan. Tetapi sungguh pun halacara sedikit terabur malam itu, saya saya seperti tidak merasa apa-apa.

Bukan kerana faktor tiada yang mencabar jawatan yang saya sandang penggal ini. Ceewah! Heh!. Mungkin kerana redha apabila azam mendahului tawwakal. Sekali lagi, kami tiada pengalaman mengendalikan MAT sebelah malam. Keduanya, terus terang saya katakan tidak dapat fokus sepenuhnya ucapan bermakna cikgu pada lewat malam itu, tetapi kesungguhan cikgu untuk hadir amat berbaloi. Ucapan ustaz Baihaqi yang berkesan dan lagu Negaraku dan Al Amal yang bergema memenuhi ruang dewan, segalanya menjadi ‘cover’ kepada perasaan tidak puas hati saya.

Kalaulah diberi pilihan untuk sekali lagi diadakan MAT pada sebelah malam, saya tidak serik. Tapi wajib belajar daripada pengalaman.

 

Advertisement