وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
إِن يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِّثْلُهُ وَتِلْكَ الأيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللّهُ الَّذِينَ آمَنُواْ وَيَتَّخِذَ مِنكُمْ شُهَدَاء وَاللّهُ لاَ يُحِبُّ الظَّالِمِينَ
Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada’. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim,
وَلِيُمَحِّصَ اللّهُ الَّذِينَ آمَنُواْ وَيَمْحَقَ الْكَافِرِينَ
Dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir
Saya teringat kembali kepada posting saya sebelum ini 14 Jun 2009 lalu:
entri Ya Allah Selamatkan Jemaah Ini
Ya Allah!! Jangan hendaknya fenomena ini kelak akan memberi kesan kepada Manek Urai yang akan menghasilkan suatu yang di luar dugaan kami!! Nau’ zubillah!
IKTIBAR UHUD
Peperangan Uhud menyaksikan kekalahan tentera Allah pimpinan Rasulullah. Allah mengajar dan memberi pengajaran kepada Sahabat dan tentera Allah. Jangan leka dengan kemenangan yang telah dicapai dalam peperangan sebelumnya. Jangan bersengketa sesama sendiri dan menyalahi pimpinan (tidak wala’).
Jangan leka dengan kemenangan sehingga pergantungan kepada Allah kembali menurun. Agenda munajat seperti dilaksanakan secara adhoc dan tiada penekanan. Walau pun tidak semesti dilaksanakan secara jame’i,
Ketika mana saat hampir kemenangan tentera Uhud, Yang Mulia Panglima Perang (SAW) menitahkan arahan agar tentera berada di posisi masing-masing.
Sahabat teruja dengan kemenangan dan dan teruja melihat habuan di hadapan mata.
Saya sesekali tidak mengatakan Sahabat gelap mata dengan ghanimah. Mereka menerpa kepada harta rampasan bukan dengan hasrat berebut untuk di bawa pulang ke rumah masing-masing. Bukan untuk menggantikan atap yang sudah sedia ada elok. Bukan untuk menukar papan rumah yang sudah sedia utuh.
Mereka mengambil dan membawanya pulang kepada Allah dan RasulNya.
Cuma mereka terkhilaf dengan arahan menyebabkan musuh kembali mengatur strategi.
Namun Allah itu Maha Pengampun, Maha Mengasihani lagi Maha Mengetahui. Allah Taala tidak menyalahkan tentera Islam, apatah lagi pimpinan perang. Allah memulih semangat tentera Islam dengan firman motivasi yang cukup tinggi. Kamu lebih mulia dengan syarat kamu komited dan istiqamah di atas jalanNya. Jalan sebenar orang-orang mukmin.
Uhud adalah medium Allah melontar ujian dan menapis para amilin pejuang Islam. Manakah orang yang benar-benar beriman. Siapakah mereka yang benar-benar ikhlas berjuang di jalanNya tanpa ada kepentingan. Manakah orang yang kufur melawan Allah dan RasulNya.
Redha dan Akur
Kita akur dan menerima keputusan Pilihanraya Kecil N.41 Manek Urai. Ya.. menerima bahawa kita menang tipis dan BN kalah tipis. Itu adalah ketentuan langit yang terusan mengajar dan menguji.
Ketika pemilihan Muktamar Agung PAS 55 saya redha menerima keputusan walau pun beberapa calon pilihan naluri saya tidak terpilih. Saya perlu akur kerana kerana saya belajar dan diajar supaya menerima keputusan syura.
Lagikan mesyuarat cawangan kita diajar akur keputusan, inikan pula Muktamar Agung parti Islam. Lainlah jika ahli syura bias dan tidak menepati kretria. Huraian bias dan kretria anda semak sendiri dalam kitab-kitab muktabar..
Saya tidak berhasrat untuk membincangkan faktor yang disebabkan oleh strategi dan janji lawan, Umno Barisan Nasional.
Faktor-faktor strategi BN anda boleh baca sendiri lewat kenyataan-kenyataan pimpinan PAS.
Bagaimana BN mendakwa membina kembali kekuatan mereka anda boleh dengar daripada pemimpin BN.
Manek Urai
Manek Urai….Mana zikir yang lazim menjadi amalan
Manek Urai….Arahan puasa dipandang mudah dan ringan
Manek Urai….Isu-isu aqidah tidak menjadi prioriti
Manek Urai….Politik dalaman terbawa-bawa ke arena
Manek Urai….Kenyataan tersembur tidak mencerminkan sikap rendah diri
Manek Urai….Ambil peluang dengan kebendaan yang lagak keterlaluan
Manek Urai….Politik mengatasi dakwah dan tarbiah
Itulah sebahagian daripada pandangan kaca mata saya berharga murah. Sebahagian yang lain rasanya tak perlulah saya warwarkan…biarlah saya simpan…
Walaupun apa pun TOK GURU MEMIMPIN, MMANEK URAI BERKAT masih boleh mengatasi MANEK URAI ANAK EMAS KERAJAAN PERSEKUTUAN.
Walauapa pun Beberapa kelemahan dan kesombongan perlu dikaji dan diambil kira.
Salamualaikum,
Saya merupakan salah seorang pelajar agama dikelantan, saya juga tahu apa itu agama memandangkan diasuh oleh ustaz-ustaz berkelulusan dari mesir..
PAS adalah baik adahulu,saya tidak pernah masuk parti apa pun sebelum ini..tetapi sekarang PAS sudah terpesiong dari perjuangan dahulu…tiada jihad tiada hala tuju..hanya mengikut arus oleh DAP kafir dan dipengaruhi oleh PKR,anwar ibrahim bukan tau apa..kerana dia dibonekakan oleh kafir..jangan jadi kafir hai ahli ku PAS…
UMNO ada kafir gak..MIC, MCA…PAs jangan lah bersama dengan DAP kafir!!
Allahhuakbar!
Jangan lah kamu semua dipesongkan oleh warna jihad yang diukir oleh DAP!!!
Janganlah kamu dipesongkan oleh kepentingan diri,nampak kelemahan orang..kamu sendri tak pasti…
berjihad lah kerana yang benar sesama umat bangsa…
Islam untuk semua..ajak lah DAP masuk ISLAM!!!
Dalam PAS ada yang baik dan buruk…begitu juga dengan semua…
PAS yang tak semnbahyang pun ada…BN punada….tapi kemajuan tetap divbawa oleh mereka..bina lah pondok atau sekolah arab banyak lagi untuk membangunkan islam…
jangan rasmikan tempat snooker atau kuil bangsa lain…buddha..nabi kita tak pernah rasmikan kuil…inikan pula kita…kamu adalah betul…peminpin kita entah lah..