Bingit! Memang muzik bingit menjadi kegilaan remaja! Gila!
Itulah kesimpulan yang tak bermakna boleh saya gambarkan ketika berada dalam stadium sewaktu menguruskan sukarelawan Konsert Wali Band. Terlintas dalam hati saya mujurlah aku tidak pernah teruja untuk bawa anak isteri saya ke program seperti ini, walupun anak-anak saya juga fasih dengan lagu-lagu Wali Band. Saya pun kadang-kadang pelik juga di mana mereka dengar sedang saya tiada pun koleksi lagu Wali Band. Kereta saya tiada radio! Oh! Telefon Umi mereka agaknya!
Kelantan di bawah PAS sekali lagi memecah tradisi 20 tahun pemerintahannya membawa datang sebuah band yang dikategorikan sebagai band rock. Satu langkah yang berani dan bisa mengundang kontroversi. Ternyata kedengaran suara-suara bingit kontra dari dalam dan luar. Itu sudah menjadi lumrah. Pemikiran kita tidak semestinya sentiasa sehaluan dan sealiran. Pandangan yang berbeza itu kadang-kadang menghasilkan suatu natijah yang baik, berhikmah dan keputusan yang berkat.
Sungguh! Saya katakan bahawa ketika zaman kanak-kanak saya, kehidupan saya adalah di rumah. Saya seperti dikawal ketat oleh ibu saya walau pun saya selalu ikut ma dan ayah berniaga di dua permis perniagaan mereka.
Kehidupan saya boleh dikatakan berlegar di rumah kecuali ketika tengok bola. Selalunya saya bersama ayah ke Stadium Sultan Mohamad Ke IV. Jarang-jarang sekali, saya akan berjalan kaki dengan rakan-rakan ke stadium ikut jalan short cut melalui Raja Dewa, tembus ke Jalan Sultan Yahya Petra, langsung sampai stadium. Saya nak beritahu bahawa berjalan kaki dari rumah ke stadium sampai. Kalau sekarang bayar sekali pun saya tak buat. Huhu..
Stadium tentu sahaja tidak putus-putus dengan acara dan keramian. Walau pun begitu ia seperti tidak menarik perhatian saya kecuali bola. Sebutlah apa sahaja konsert, hati saya tidak sekuat tarikan untuk tengok bola yang mana abang saya adalah sayap kiri skuad Kijang ketika itu.
Kalau saya katakan tidak pernah tengok konsert mungkin saya berbohong kerana zaman Umno Barisan Nasional memerintah program maksiat seperti itu berleluasa. Tapi ia boleh dibilang dengan jari bila ada kalangan ahli keluarga (bukan adik beradik) saya yang bawa saya ke stadium. Sengoti! ketika itu, tiap kali berada dalam program yang agak bingit-bingitan, saya akan mendongak ke langit! Apa berlaku kalau Tuhan turunkan tanda-tanda pengajarannya ketika itu!!?
Cuma suasana ketika dianjur oleh Umno dan PAS yang sangat berbeza. Apa yang boleh saya katakan jika dengan cara dan sistem keselamatan seperti hari ini dikendali oleh Umno, mahu hancur lebur Stadium Sultam Mohamad ke IV! Tetapi malam semalam suasana tetap terkawal walaupun hanya pagar musang yang dipasang 100 meter dari stage.
Dulu, kawan-kawan sekampung pergi pun saya tidak join. Mungkin mereka juga rasa segan untuk ajak saya kerana walaupun saya berseluar jeans (rock la tu) sewaktu di Maahad Muhamadi, tetapi rakan-rakan sudah memanggil saya ustaz! Ustaz rock! Huhu…
Namun hari ini siapa sangka, saya bukan sahaja sering berada dalam program konsert di stadium, malah saya dilibatkan sebagai urusetia kerana saya berkhidmat dalam kerajaan. Bawah exco kebudayaan pula. Soalan.. Adakah ustaz tidak layak mengurus budaya? Owh! Tok Guru minta ustaz pun berdikir barat!
Bila berbicara dengan rakan-rakan sering saya luahkan “kalau tidak kerana tugas dan kerja, mungkin saya tak datang!” Saya ingin menzahirkan bahawa saya tidak biasa sangat dengan majlis seperti ini walaupun zaman remaja saya, boleh berkira juga lagu –lagu rock saya ingat. Tapi bukanlah yang bingit-bingit sangat! Huah!
Wali Band! Itulah yang masih bingit diperkatakan. Kumpulan tersohor dari Seberang yang dikatakan membawa unsur-unsur dakwah dan nasihat dalam lirik lagu mereka. Muzik tetap bingit, bingit bangat! Tapi liriknya ada yang positif. Ada kritik dari band bingit lain yang mengatakan Wali Band hipokrit. Saya bukan hendak bincangkan itu.
Menyorot pengalaman saya berada dalam Konsert Jom Heboh di Kota Bharu awal tahun lalu. Saya bukan sekadar hadir kerana tugas, tetapi saya melihat bagaimana ragam dan reaksi anak muda yang sememangnya fanatik dengan muzik bingit. Antara artis yang diundang Raihan, Lan Typewritter, Jamal dan Jay jay. Saya melihat bagaimana reaksi berbeza remaja yang gilakan muzik itu apabila aliran muzik aliran pop dan rock bingit dipersembahkan dan aliran nasyid mengambil tempat di pentas.
Bila sahaja Raihan mengambil tempat di pentas mereka mula mengundur, duduk, bercakap-cakap, isyarat tidak minat dengan aliran itu. Tetapi apabila sahaja Lan keluar, mereka kembali merapat.
Nasyid sebenarnya punya kumpulan peminat tersendiri. Selalunya pelajar aliran agama dan pelajar IPT. Nasyid hanya menjadi hiburan aliran perdana di saat kemunculan awal Raihan. Selepas itu ia kembali menjadi milik kelompok tersendiri. Taksub nasyid pun wujud. Makan nasyid, tidur nasyid, bangun nasyid. Dalam bilik air pun bernasyid. Apa jaminan bahawa nasyid tidak membawa kelekaan! Nasyid tak bingitkah? Tak kut! Hehe..
Soalnya adakah suatu yang terlalu negatif apabila kumpulan rock seperti Wali Band diundang ke Kelantan. Saya bukan bermaksud untuk mempertahankan, atas dasar kerana saya berada dalam kerajaan. Kita bincangkan atas asas bahawa bagaimana kelak situasi kita bila Putrajaya menjadi milik kita dalam suasana politik, sosial, pemikiran rakyat dan sebagainya yang telah dirosakkan oleh Umno dan Barisan Nasional.
Program malam itu adalah anjuran sebuah konsultant sebagai memberi sokongan usaha pihak Cakna Palestin yang mengadakan program mereka. Kerajaan dilibatkan sebagai pihak yang bekerjasama. Yalah, apabila dilibatkan kerajaan, maka banyak perkara yang melibatkan kerajaan menjadi mudah. Tempat, pelbagai kemudahan, bajet lebih kurang dan sebagainya.
Berbalik kepada persoalan waqi’e dakwah. Kenapa Datuk Seri Ustaz Azizan yang menerajui kerajaan PAS Kedah tidak menutup semua kedai arak terutama di Langkawi yang bukan setakat merata, bahkan berlambak wak. Adakah Tuan Guru itu tidak patuh pada ajaran syariat yang tidak ada kompromi lansung tentang haramnya arak. Kerja jaga di kedai arak pun haram, apatah lagi menjadi cashernya. Tidak lain kerana berhikmah dalam berdakwah. Bukan mudah untuk membenteras 1001 tahi-tahi kemungkaran yang ditinggalkan oleh pemerintah sebelumnya.
Saya bersependapat dengan sahabat guru saya, Ustaz Nik Abduh lewat pertanyaan saya kepadanya, bagaimana kedudukan seni seperti ini kelak bila Islam yang memerintah. Ringkas sahaja beliau menjawab “dengan sendiri rakyat tak akan mahu..”
Ternyata 20 tahun PAS memerintah Kelantan, masyarakat yang tidak mahukan program seperti konsert wujud tetapi masa seiring dengan itu lahir remaja yang hidup dalam dunia yang direka oleh Yahudi. Muzik adalah kegilaan remaja yang sukar dibendung. Apabila kita memerintah adakah dalam tempoh 24 jam kita akan mengharamkan terus muzik? Buat masa ini saya tidak fikir begitu.
Remaja perlu dilayan mengikut citra mereka, tanpa membiarkan mereka hanyut tanpa kawalan. Kita di Kelantan memperkenalkan Enakmen Kawal Hiburan tanpa menyekatnya. Kawal, bukan sekat. Jika enakmen tidak dipatuhi, maka ia tidak dibenarkan. Itu adalah usaha kita.
Namun buat masa ini, sebagai jalan dan cara untuk kita mencari puncak kemenangan, kita perlu memenangi hati dan citarasa masyarakat yang pelbagai. Asasnya Islam bukan agama regid sebagaimana yang digambar oleh barat. Walaupun tidak rigid tetapi bukan bermakna kita boleh bermudah-mudah. Dasar tetap menjadi dasar yang perlu dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir. Prinsip dan methodogi yang boleh berubah mengikut masa dan keadaan.
Cukup mudahkah kita ingain mendakwah remaja untuk join program kita seperti memetik jari? Jom gi masjid, jom dengar nasyid, mari pergi ceramah, jom join usrah! Begitu mudah sekali?
Malangnya kita hanya tahu mengkritik, menghentam dan memberi komen yang emosional tanpa menghulur tangan untuk bersama menanganinya. Lagi malang memerhati dari jauh, kemudian menunggu peluang untuk menghentam dan terus menghentam. Bila diajak untuk berdakwah, paling kurang edar risalah seperti yang dilakukan oleh Sukarelawan malam itu pun, masing-masing mula bergeliat. Baik minum air di kedai katanya, atau main futsal lagi menyihatkan badan sendiri. Sendiri!!. Biarlah puak-puak itu punah dengan kepunahan akhlak mereka.
Tetapi sungguh! Semalam hati saya agar berdebar. Bukan berdebar kerana muzik bingit yang bisa mencopot jantung saya, tetapi terkilan dengan pihak pengurus konsert, Anjung Tulus yang tidak secukupnya tulus. Kerajaan positif bila mereka juga tidak bersetuju jika ada countdown. Katanya mengapa harus mengikut budaya barat. Saya mungkin boleh berkompromi dengan muzik bingit Wali Band tetapi tidak dengan pihak yang gagal mematuhi enakmen kawalan hiburan. Atas kertas panganjur bersetuju membuat halangan pemisah antara penonton, tetapi mereka hanya membuat halangan antara pentas dan penonton. Ternyata mereka hanya jaga Wali Band dan tidak jaga pengasingan penonton. Alasan mereka pihak stadium yang mensyaratkan saat akhir padang tidak boleh dipijak tidak boleh diterima. Padanlah muka mereka rugi kerana jualan tiket yang lembab. RM 20 besar bagi orang Kelantan besar. Lebih mahal dari tiket bola kata bos saya. Yang jadi mangsa Sukarelawan. “ aku beli tiket mahal-mahal duduk jauh.” “ Ikut kawe nok duk mano pun.” Itu pula herdikan mereka bila Sukarelawan menegur tempat duduk. Itu orang lain tak rasa kecuali Sukarelawan kami.
Khabarnya selepas ini Maher Zain pula akan datang. Pastinya saya juga akan terlibat walaupun sekadar jong gi mari gi mari. Bos saya adalah orang yang bertanggungjawab akan membawa Maher Zain. Saya cukup yakin dengan cara dan pengurusan bos saya. Walau pun saya juga minat lirik lagu Maher Zain, tetapi kalaulah majlis ini diserahkan kepada pihak yang tidak cakna dan tak menghayati aspirasi pihak kerajaan, saya rasa tak payahlah dianjurkan, walaupun Maher Zain dikategorikan sebagai penasyid. Nasyid yang pastinya bingit cara nasyid!
salam saudara,
anjung tulus adalah syarikat abang kandung saya. nama itu pula saya punya. hajat di hati saya nak guna tapi bila dia minta, saya beri saja. masa itu masih enterprise. itu tidak penting. bukan kerana penganjurnya abang saya. bukan mahu membela beliau. oleh kerana beliau tidak begitu cakna internet, saya lah yang jadi tukang jawab ketidakpuasan hati sesiapa sahaja yang tidak tahu perkara sebenar.
saya tidak dapat apa-apa pun dengan penjelasan ini. abang saya juga tidak tahu menahu pembelaan yang saya buat. saya respon kerana ramai yang persalahkan kerajaan negeri sebagai responden pertama dan responden keduanya adalah syarikat anjung tulus.
tentang artis, pendapat saya yang tidak berapa konservatif ini (saya bukan belajar di maahad, hanya layak di smka falahiah), saya tidak bersetuju dengan gelekan shaq mentor. itu memang tidak patut berlaku. berhenti salahkan kerajaan kelantan. berhenti salahkan penganjur. pergi cari penyanyi tersebut di bachok dan minta penjelasan dari beliau kenapa beliau buat begitu. kalau tak puas hati juga, boleh minta shaq mentor mohon maaf secara terbuka.
sakit mata tau duk baca orang tulis tanpa fakta sebenar.
tentang wali band, hanya dua lagu iaitu ‘yank’ dan ‘cari jodoh’ yang dirasa kurang sesuai daripada 12 lagu yang dinyanyikan.
tentang pengasingan hadirin bukan muhrim, ianya ada dikuatkuasakan. seingat saya, sebanyak 3 kali announcement dibuat namun pengunjung tidak berganjak. skuad amal pula hanya 2, 3 orang yang bangun buat-buat kental. yang lain, hala tujuannya entah ke mana. mungkin tidak berani sebab pengunjung lagi ramai. itu saya sendiri intai dari kerusi vip, berhadapan stage. jangan salahkan saya kerana salahkan skuad amal berbaju merah itu pula. saya tidak salahkan mereka. kalau saya di tempat mereka, saya juga akan buat tak tahu. nak buek camno. depa dah duk situ. kalau sebelum tu skuad amal beratur buat partition untuk mengasingkan mereka, perkara ini tidak akan jadi.
konsert adam lambert oktober lepas ada kerajaan pusat layan bila pemuda pas bising? pemuda umno kelantan tahu pula bising bila wali band dijemput ke sini. kenapa? sebab ia dibuat di kelantan?
saudara jangan jadi pisau mata dua. kanan pukoi, kiri pun pukoi. tulis biar terang. benda ini nak kata remeh, bukan remeh. nak kata tak remeh, tidak seremeh mana. tapi penganjuran konsert-konsert besar yang mendapat restu kementerian kebudayaan di bawah panji pemerintahan pusat itu lebih besar masalah yang tercipta di sebaliknya.
tak reti pula nak turun berdakwah di klcc dan dataran merdeka menjelang malam tahun baru. dua adik perempuan saya berani je turun setiap tahun (sebelum kahwin) turun berdakwah pada malam tahun baru di klcc dan dataran merdeka. paling tidak pun berjaya membatalkan hasrat mereka-meriki yang mahu ‘menanam benih’ yang bakal dilempar ke longkang 9 bulan selepasnya.
apa peranan kita? bantah kerana pembangkang yang memberi restu untuk dianjurkan? ingat murah ke nak bawak wali band tu ke sini?
Terima kasih atas respon saudara. Untuk pengetahuan saudara saya terlibat sebagai jawatankuasa di pihak Kerajaan Negeri. Dan saya bercakap atas kapasiti saya perlu mempertahankan dasar dan aspirasi kerajaan negeri. Saya menerima sms dan teguran bertalu-talu dari pelbagai pihak. Saya juga berlatarbelakang pendidikan agama tetapi saya mengambil sikap toleran dan terbuka dalam aspek yg dikatakan dakwah. Kami tidak menolak kedatangan Wali Band atas sifat keterbukaan walaupun kami akan berdepan dengan risiko. Bahkan saya menganggap suatu yg posif dlm lagu Cari Jodoh. Apa salahnya mewar-warkan kepada orang tua untuk cari jodoh! Jika saudara mengamati tulisan saya, tersirat maksud saya untuk mempertahankan pihak kerajaan kerana banyak pihak telah mempersalahkan pihak kerajaan atas insiden pihak penganjur gagal menepati syarat pengasingan penoton. Suka saya tegaskan kepada saudara, pihak penganjur di atas kertas berjanji (layout dikemukakan dlm meting) bahawa pagar pengasingan ada sbagaimana yg dibuat dlam show2 sebelum ini. Saya sebagai bawahan juga sedar ketika saya sibuk menguruskan sukarelawan pd sebelah petangnya, bahawa pagar belum ada! Saya beranggapan bahawa ia akan dipasang slps itu secara mobil. Kebetulan kami berdepan pula dgn pihak stadium saat akhir tidak benar pijak rumput. Tetapi ternyata bila saya datang pada sebelah malamnya ia tidak wujud sebagaimana dijanjikan dalam meting! Soal Unit Amal jaga itu satu hal, tapi sistem berpagar adalah amat2 penting. Di tempat lain yg ada pagar pun boleh runtuh, inikan pula tidak ada! Dengan kekuatan UA yang dipohon penganjur seramai lebih kurang 20 orang rasanya (tapi UA tetap hantar lebih) UA hanya akan menunjuk arah tempat pengasingan. Mustahil UA boleh dikerah utuk jadi pagar selama 4 jam!! Saya juga didatang oleh pihak penganjur (rasanya bukan abang sdra yg protes volenter kami boleh masuk free) sedangkan itu keputusan mesyuarat dan tidak keterlaluan saya katakan voluteer banyak membantu penganjur walupun mereka dimaki oleh penonton (baca semula tulisan saya). Mungkin ada bahasa2 yg saya gunakan agak kasar, tapi dgn istilah itu saya rasa saya telah mempertahankan pihak kerajaan yang saban malam dihentam oleh semua stesyen TV milik umno barisan nasional. Saya juga terfikir sepatutnya pihak penganjur mengambil perhatian kpd syarat2 pihak kerajaan sekiranya pihak penganjur berhasrat untk menruskan usahasama yg murni ini. Wallahu a’lam.