Tag Archive: AnakBuah


Inilah kerajaan bayangan Umno

Apakah lagi yang boleh disifatkan dengan kelakuan dan kerenah yang ditunjjukkan oleh wakil Barisan Nasional dalam Sidang DUN melainkan biadab dan samseng. Bermula hari pertama lagi mereka menunjjukkan fee’l bodoh sombong dengan mengingkari oder Speaker. Ia akan menjadi sejarah yang akan terus dikenang apabila dalam tempoh 17 tahun kerajaan PAS memerintah seorang ahli dewan dihalau daripada dewan kerana kebiadapan yang melampau. Saya hanya berkesempatan menonton sidang tersebut melalui monitor. Hati panas kita kekadang rasa memberontak dengan ketololan yang ditonjolkan oleh mereka, tetapi apabila memikirkan sememangnya itulah tahap dan kualiti wakil BN kita jadi akur dan moga ia menjadi iktibar kepada rakyat yang berhasrat untuk kembali berkerajaankan BN. Kemuncak ketololan mereka apabila wakil Paloh yang bagai dirasuk iblis meluru untuk menyerang Kelaboran. Kita biasa melihat suasana ini di Taiwan atau India tetapi tidak bermimpi senario itu akan berlaku dalam sidang dewan Kelantan yang rata-rata mendakwa memperjuangkan agama dan bangsa. Sepanjang perjalanan dewan berlangsung wakil BN hanya sekadar bertindak sebagai pengacau dengan mengemukakan soalan-soalan yang tidak relevan. Kalau pun ada cadangan, sepatutnya cadangan tersebut telah dilaksanakan sebelum tahun 90 lagi. Sesetengah cadangan itu jika ditanya adakah dilaksanakan di negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional. Jawapan pastilah tidak. Selain daripada putar belit angka, respon yang dibangkit oleh pihak pembangkang bersalut dengan sindiran tidak berasas, fakta yang bercelaru dan bahasa yang tidak bermutu. Seperti biasa diakhir sidang wakil pembangkang hanya tinggal beberapa kerat terutamanya ketua pembangkang yang dilihat hanya menjadikan sidang untuk melepaskan geram, emosi dan dendam kesumatnya. Terserlah terang lagi bersuluh sikap mereka yang jumud dan tidak terbuka dalam menerima penjelasan dan pergulungan daripada pihak kerajaan. Kesimpulannya saya melihat bahawa jika mereka inilah kerajaan dan barisan exco bayangan kerajaan negeri Kelantan, bermakna Tanah Serendah Serambi Mekah ini akan dipenuhi dengan pemimpin yang rendah pemikiran, gedebe, pengacau dan paling sadis kerja mereka kelak menendang rakyat.

Perarakan kerja orang tak beriman?

Bahang kejayaan Perhimpunan 100,000 10 Nov lalu masih lagi terasa dan masih diperkatakan. Malahan akhbar arus perdana secara berterusan memainkan isu bahawa perhimpunan itu membawa malapetaka kepada negara. Selepas diambil kenyataan peniaga-peniaga terjejas perniagaan mereka, yang hampir keseluruhan peniaga cina, kenyataan dari istana pula cuba diputarbelit sebagai tanda himpunan itu tidak mendapat restu daripada Yang Dipertuan Agong. Soalnya bagaimana ia tidak direstui sedangkan memorandum selamat diterima oleh pegawai istana di Istana Negara pada 10 Novemner lalu

Sehari selepas perhimpunan saya menerima sms daripada anak buah. Katanya dia menerima pandangan daripada bekas-bekas pelajar maahad dan pelajar pondok. Mereka meletakkan hukum bahawa kerja berlarak ke Istana Negara pada hari itu adalah kerja orang tak beriman! Astagrfirullah!! Kerja orang tak beriman? Satu keyataan yang berat..

Allah mensyariatkan sesetengah ibadah bukan semata-mata ia bersifat ubudiyyah. Tetapi masa yang sama Allah Taala menganugerahkan akal untuk kita mengkaji, menganalisis dan mencerakin hikmah d sebalik pensyariaatan sesuatu amalan. Solatul jamaah bukankah suatu perhimpunan harian seorang mukmin yang dikepalai oleh seorang ketua. Ketua (imam) yang sayugia ditaati, juga boleh ditegur sekiranya berbuat kesalahan. Solatul Jumaah bukankah suatu perhimpunan mingguan yang diselitkan dengan ceramah (khutbah) peringatan? Lebih jelas lagi secara tahunan umat Islam seluruh dunia berhimpun, berlarak dan melaungkan slogan-slogan memuji kebesaran Allah Taala dan mengutuk pengabdian dan ketaatan selain dariNya. Bahkan di Mina termasuk dalam wajib melontar anak-anak batu seraya mulut melaungkan kalimah merejam syaitan dan hizbi (parti) nya.

Terbayang-bayang lagi di ruangan mata saya kalimah yang terpapar di telefon. Tindakan orang tidak beriman!. Maknanya tindakan Tok Guru Haji Hadi mengepalai perhimpunan itu adalah tidak beriman. Bagaimana pula terus meredhai penipuan yang dilakukan oleh Umno Barisan Naisonal. Adakah akur kepada penipuan itu orang beriman?

Pengerusi Bidan Terjun

Menjadi pengerusi bagi suatu majlis adalah perkara biasa bagi orang yang biasa. Anak buah biasa tanya macamana us boleh berucap di publik. Soalan yang sebenarnya mereka juga boleh jawab. Rasanya tidak ada orang yang secara semulajadi mempunyai kebolehan untuk berada di hadapan, kecuali man rahi rabbih. Jawapan saya terlibat dengan persatuan, cari ilmu dan cubalah

Kelmarin saya menerima panggilan Si Saipudin “enta kena standby pengerusi malam nih”

“Gapo pulok?” terkejut kura-kura 

“Azahari sakit perut”. Huh! carilah alasan lain. Sakit jantung ke..sakit hati ke…

“Mana buleh. Petang ni ana mc dah kat Bunut Payong nih”

“Stanby jah!”

“Ustaz Ja?”

“Ustaz Ja kena kuarantin dalam kawasan KB”

“Ketua penerangan kawasan laaa..”

“…………..”

Maka malam tadi terjadilah saya pengerusi kepada Ceramah Sempena Himpunan 100,000 BERSIH di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan JKR 10

YB Dato Taqi, Hj Mahfuz Omar dan YB Dato Husam. Hujan sesekali tidak memberi kesan kepada kejayaan majlis yang diadakan

Saipudin! Lain kali royak la lagi last minute biar ana jadi mc terjun deh. Kalu buleh 10 minit sebelum majlis bermula yek! 

Catatan Ringkas

Moga Air Mata Ini yang Akan Menjauhkan Saya dari Neraka  

Ana hampir-hampir tak dapat menyertai perhimpunan 10 November. Ceritanya ana di Melaka atas urusan kerajaan daripada 30 Okt- 8 Nov. Suatu tempoh yang menyeksakan, terutamanya teringatkan rumah (homesick). Kerana itu, tidak ada planning untuk terus turun K. Sampai KB malam Jumaat contact habis sahabat kalau ada sit kosong. Semuanya hampa. Kata budak-budak hampehh. Ringkas cerita lepas Solat Jumaat anak usrah yang dok UM Lembah Pantai telefon. “ Ustaz gi nga gapo” “ Tak gi bakali farhan, tak ada sit,” hampalah tu. “Ana ada 2 tiket kosong ustaz!”

Kebetulan seorang lagi anak murid ana juga dok cari-cari orang nak menyelit sama. Maka kami bertiga pun berlepaslah malam itu dengan Ekspress Mutiara.

Ana bukan nak cerita pengalaman peribadi dalam perhimpunan 100,000 itu tetapi teruja melihat gelagat anak-anak buah

1)      Anak buah yang duduk di UM mengeluh “olohh rugi la tak kena sembur ustaz”

2)      Anak buah seorang lagi cukup teruja walaupun pertama kali menyertai demonstrasi

3)      Ketika lesai perhimpunan jumpa lagi 7 orang anak buah dekat Masjid Negara. “Kami baru sampai ustaz. Tok de.. rugi ustaz”

4)      Sampai di masjid Jamie jumpa lagi kelompok anak buah. Genyeh mata, buang sisa-sisa cecair chemical.

Perhimpunan bersejarah ini bebrapa kali hampir menitiskan air mata lelaki saya

1)      Melihat Tok Guru Presiden yang melangkah gagah di hadapan saya

2)      Unit Amal yang mempertahankan jiwa dan fizikal mereka

3)      Melihat semangat anak buah yang berkobar, walaupun mereka belum kenal erti perjuangan sebenar

Saya mengharapkan air mata ini kelak yang akan menghalang saya mendekati neraka.

Kisah saya dalam blog yang lalu ternyata menyapa respon. maaf…..  kekangan waktu yang terbatas, hambatan komitmen yang tak sudah-sudah, kemahiran yang seadanya dan prasarana yang terhad menjadi punca segalanya… huuh! sebab juga yang menjadi alasan yang tak berkesudahan

SAYA dilahirkan di sebuah perkampungan pinggir bandar Kota Bharu. Kampung Puteh, dikenali juga dengan Paya Senang. Selalunya saya akan menyebut Telipot kepada orang yang kelihatan termangu bila disebut Paya Senang. Kg Puteh mengambil sempena orang putih yang ramai pernah mendiami kawasan itu di zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Fakta ini diperkuatkan dengan kewujudan kediaman yang berkonsepkan Inggeris. Antaranya ada rumah yang mempunyai tempat membakar arang seperti yang kita lihat dalam filem Inggeris. Namun selepas kerajaan Tan Sri Mohamad Yaacob meruntuhkan rumah-rumah tersebut bagi tujuan membangunkan Kota Darul Naim, artifak itu sudah tiada. Saya tak pasti adakah rumah-rumah milik kerajaan di Raja Dewa masih mempunyai ciri asal rumah Inggeris

Saya dalam Keluarga

Saya dilahirkan dalam keluarga yang agak besar. Adik beradik 9 orang. Seorang abang yang dikasihi lebih awal dijemput Ilahi pada tahun 2006. Saya anak keenam. Saya dikatakan pengarang jantung ibu saya, walaupun saya tidak pernah merasa begitu. Mungkin saya menjadi anak bongsu (bongsu jate) dalam tempoh 7 tahun selepas adik-adik perempuan saya yang 3 orang datang. Di kampung suatu ketika dahulu saya dikenali dengan adik. Sekarang gelaran itu sudah hilang melainkan beberapa individu yang masih selesa menggunakannya.

Pendidikan

Barang tentu pendidikan informal daripada orang tua. Ayah saya lepasan Jamie Merbau selepas bersekolah di sekolah majlis. Saya tidak mendapat pendidikan pra. Ayahlah yang memberi didikan agama. Setiap Jumaat kami wajib solat subuh berjamaah (sujud sajadah) Sedari kecil, walaupun saya tak ingat sepenuhnya tetapi boleh menyambung bacaan ayat-ayat Surah Sajadah. Ayah pantang benar dengan nikam (beli kertas 10 sen tikam kena, boleh mainan). Kali pertama dan terakhir saya beli nikam. Saya balik ke rumah ”ayoh ore beli nike sakni” ” Kalu mun beli skali lagi aku tipah palo mun!”

Pendidikan formal saya bermula di SRK Sultan Ismail 1. Sekolah anak-anakanda Al Sultan Kelantan. Saya sempat bersekolah sekali dengan Tengku Mahkota dan Tengku Faris Petra

Apabila hampir tamat darjah 6 saya bersama beberapa rakan merancang untuk ke Maahad Muhammadi. Kami sepakat berjumpa guru besar Sir Mohd Daham. Dia terkejut. Why? Why you all bla bla….(memang sekolah saya kebanyakkan guru speaking omputeh) Akhirnya dia akur untuk sain surat keluar kami. Sampai kolum sport, why its blank? Sport! Sport!. Guru-guru kelas sekolah saya memang tidak akan tulis ruangan sukan melainkan mereka yang mewakili sekolah. Kesempatan diambil oleh kami untuk nyatakan sebanyak mungkin sukan. Football, hockey…… Saya hanya menyatakan badminton. Rupanya ada kalangan rakan saya yang mula kelabu mata. Dek kerana sijil berhentinya ada kenyatan sukan dia mula mengubah destinasi kembali untuk ke Sultan Ismail College (sekolah saluran SRKSI 1)

Pulang ke rumah saya nyatakan hasrat kepada ayah untuk ke MML. Ayah saya kaget seketika. Saya pun kurang arif apa yang difikirkan oleh ayah saya. Kemudian dia tersenyum. Kakak sulung saya melanjut pelajaran ke England, Abang sulung saya pernah menjadi lagenda bolasepak negara, abang saya yang telah pergi meninggalkan rumah besar pada anak isterinya, kakak kedua lepasan USM, abang ketiga lepasan UPM. Apa yang anda nampak. Ya saya adalah perintis mengaji sekolah arab dalam kelurarga!

Bermulalah era baru saya di sekolah arab. Saban hari pulang ke rumah saya bercerita kalimah apa yang saya belajar. Dikun ayam jantan, dajajatun ayam betina……… Peperiksaan saya hanya upaya dapat nombor 4 atau 5 sahaja. 1 hingga 3 dikuasai rakan saya Azhan, Najib, Gunawan dan saya tak ingat yang lain (di mana kalian semua)