Tag Archive: Inilah Saya


Prinsip adalah pegangan yang perlu dipertahankan. Manusia yang berprinsip selalunya tidak mudah untuk mengadaikannya walupun prinsip berbeza dengan dasar. Dasar tidak boleh diubah dalam apa keadaan sekalipun. Contohnya Islam yang menjadi dasar maka ia perlu dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Memetik kata-kata Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang bahawa sekiranya rakyat menolak PAS atas dasar perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, PAS sesekali tidak akan mengubah dasarnya.

Ustaz Yahya Othman pernah dicemuh kerana prinsipnya dan ketegasannya. Bapa rakan saya pernah disimbah airsid kerana mempertahankan prinsip. Dia pernah pulang bertugas di negeri sendiri, namun mohon ditukar kembali kerana berdepan dengan kerenah keluarga. Dia pegawai tinggi kastam.

Saya bukanlah seorang terlalu rigid dalam berprinsip. Yalah stigma orang berprisip selalunya kelihatan tegas, karismatik dan selalunya bersifat autokratik. Mungin sifat-sifat itu ada pada saya tetapi saya perlu sesuaikan apabila berada dalam suasana berbeza. Dalam tugas saya menginteprestasikan sifat itu, namun di khalayak saya perlu lebih sederhana, bahkan mungkin sikit gila-gila.

Dilema untuk mempertahankan prinsiplah sedang saya hadapi sekarang. Sedikit kuasa yang di tempat kerja menyebabkan orang sekeliling cuba memanafaatkannya. Saya berharap dapat mempertahankan prinsip saya dan masa yang sama dapat memenuhi kehendak mereka di sekeliling saya. Bagaimana?. In sya Allah Tuhan bersama saya. Saya yakin apabila saya ada prinsip, Dia sentiasa bersama saya….

Advertisements

Pengurusan Masa. Topik Membosankan

1) Ketika saya zaman kanak, di waktu ayah masih boleh memandu saya masih ingat ayah sering membunyikan hon. Bukannya kerana menegur kawan atau hon tanda sokongan demonstarsi. Tetapi hon kerana tidak sabar menunggu bonda yang masih belum sudah bersiap untuk berangkat ke mana-mana. Saya yang duduk di belakang hanya mendengar rungutan penuh skima dari ayah yang hot bila ma lambat. Begitu jugalah apabila waktu pulang. Tanpa memperduli sesiapa ayah menekan hon
2) Kemudian saya dianugerah pula seorang abang ipar. Asalnya daripada Johor. Kawin dengan kakak saya sewaktu menuntuk di United Kingdom. ” Nasrun, pukul 4 petang kita pergi” Maka sebelum 4 petang saya sudah berada di sofa di ruang tamu. Pernah seingat saya kakak dan anak-anak saudara saya yang sudah hampir siap, tetapi ditinggalkan terus abang ipar kerana terlewat beberapa minit!
3) Saya banyak mengenali Ustaz Yahya Othaman sewaktu di Mesir. Setiap kali beliau berkunjung ke sana, maka penyampai berita membuka watikah di bawah pokok kelapa “Wahai sekalian rakyat jelata, Dato’ Paduka Ustaz Yahya akan berangkat ke majlis kita. Maka tepatilah masa..maka tepat masa…maka tepat masa….” Balik sahaja Ustaz Yahya, maka yang asal balik usul yang usul balik asal. Hipokrit belako!!
4) Sekarang saya berketuakan seorang yang mempunyai prinsip yang sama. Kes kerana seorang yang terlewat masuk mesyuarat, mesyuarat itu dibatalkan.

Saya? Saya seperti biasa.
i_Saya akan cuba sedayanya datang lebih awal apabila berjanji kerana bagi saya tidak
menepati janji adalah sifat munafiqin. Kalau saya tidak dapat datang awal seboleh saya maklumkan
ii_Saya berhak untuk balik awal sekiranya majils berlangsung lewat. Orang nak marah saya tak hirau. Itu hak saya. Mun sedak lah magri lewak! Pahtu kecek hak orang selesai bincang dah. Sakiiiit!
iii_Bahkan saya akan balik terus sekiranya majlis yang dijadualkan tidak berlangsung sebagaimana dirancang. Tapi kadang-kadang lah. Banyok kijo lagi nok buat. Bukan nak tunggu demo sajo!!!

Kesimpulannya bukan hot, tapi lepas perasaaan….

Inilah saya (Episod 2)

Di Maahad Muhmmadi Lelaki saya seperti orang lain. Saya bukanlah seorang yang excallant. Nak kata tercorot pun tak kut. Tapi mula tingkatan satu sampai ke tingkatan 6 (seingat saya la) duduk kelas ke 2. Tiap kali exam sekadar boleh cukup makan.

Hidup saya sewaktu di usia remaja hanya di rumah dan sekolah. Tanpa berselindung itulah kenyataannya. Sewaktu di era persekolahan rendah saya agak aktif di kampung. Bukit mana tak didaki lurah mana tak dituruni. Di kampung saya ada satu padang yang kami panggil Padang Gesek. Sebabnya padang itu dipenuhi dengan timbunan kotak-kotak mancis. Saya pun tak terfikir dari kilang mana kayu-kayu lembut itu datang yang menjadi tempat permainan kami. Kami sering buat kejohanan bola sepak. Saya dan abang saya Ahmad Muslim adalah antara pemain tetap, meskipun sya sering jadi pemain simpanan! Pialanya kami reka daripada bongkah-bongkah kayu. Apa yang saya mahu ceritakan juga, setiap kali bermain kami jadi lupa. Apabila azan baru kami nak berhenti. Apalagi sampai di rumah, bonda sedang menunggu dengan muka menyinga. Tapi entahlah kami macam tak serik. Cuma keadaan-keadaan tertentu abang saya jadi penyelamat. Belum mak saya memulakan serangan dia terlebih dahulu guna taktik saraf. Dibawanya macam-macam cerita sampai ma tak jadi marah, bahkan ketawa. Tapi kadang-kadang menjadi, kadang-kadang merah telinga juga jadinya dipulas.

Ya. Usia remaja saya, tepatnya antara tingkatan 1 hingga tiga antara sekolah dan rumah. Mengalahkan perempuan. Kalau pun di luar saya menolong ayah di dua buah kedai makan miliknya. Kira hebat. Ayah ada 2 cawangan kedai makan yang dia jadi bosnya. ma jadi second bos dan ada kuasa eksekutif. Ayah masuk pejabat seawal subuh. kemudian ma masuk selepas subuh, big bos dah hilang entah ke mana. Bos la katakan…. BERSAMBUNG