Seperti kanak-kanak lain, sewaktu kecil saya juga mempunyai idola super hero. Super hero adalah ikon-ikon yang mempunyai kuasa luar biasa. Saya juga berangan-angan untuk menjadi kuat seperti Incredible Hulk, terbang setinggi Superman dan punya kuasa strike umpama Ultraman. Tapi itu adalah kuasa-kuasa khayalan dan imiginasi Yahudi yang mustahil dihasilkan.

Esok, 19 Mei adalah hari besar bagi Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK). Hari untuk pemuda-pemuda Kelantan memuhasabah diri dan mempertingkatkan usaha untuk menjatuhkan kerajaan zalim yang diterajui oleh Umno Barisan Nasional.

Esok juga adalah penentuan kepada kepimpinan DPPNK masa akan datang yang menyaksikan pertandingan bagi hampir ke semua jawatan.

Kalaulah saya punya hikmat luarbiasa, saya tidak mahu suasana ini berlaku. Pertandingan dan perlawanan dalam politik terutama politik sesama sendiri hanya membibitkan benih perpecahan yang mengambil masa untuk dibaikpulih.

Awalnya saya teruja apabila mendapat berita Timbalan Ketua Pemuda (TKP) sekarang menyatakan hasrat untuk menarik diri sekiranya dicabar bagi jawatan Ketua Pemuda (KP). Dia akan lebih terhormat jika bertindak begitu meskipun natijah suaranya tidak akan kedengaran lantang dalam pemuda. Suara itu yang kekadang ditakuti oleh lawannya.

Maklumat terakhir yang saya terima dia ingin mempertahankan haknya. Ya, hak yang sebetulnya tidak termaktub dalam perlembagaan. Hanya Majlis Syura yang boleh mengatasi perlembagaan PAS!

Manakala pencabarnya, Naib Ketua Pemuda (NKP) sekarang juga dengan pendiriannya untuk bertanding jawatan KP. Apabila saya bertanya beberapa rakan atas sebab apakah NKP menawarkan diri untuk melawan TKP, tiada siapa yang dapat memberi jawapan pada saya, yang akhirnya saya sendiri tolong jawab. Kerana TKP sebelum ini pernah berlawan. Semua mengiyakan saya.

Kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu telah membuat keputusan yang diputuskan oleh ketua kami. Saya sendiri berjanji akan mengundi mana-mana calon yang telah ditentukan. Ketua saya beberapa kali menghantar nasihat khidmat pesan ringkas (SMS) kepada saya. Antaranya :

“Selamat Maju Jaya utk kepentingan jemaaah & setiap individu pimpinan ada kelebihn. Jgn hancurkan masa depan indivdu itu stelah lahirnya mereka melalui proses tarbiyyah yg pjg. Lihat kelebhn mereka utk kepentingn jemaah di tempat dan level berbeza”

Rabu lepas saya mengkhabarkan kepada ketua saya, maklumat yang saya terima dari TKP sendiri bahawa dia akan meneruskan hasrat untuk bertanding. Manaka Ketua Penerangan sekarang tidak akan dicabar untuk kerusi TKP. Alasannya bertanding bukan pakai rakit!.

Ini pula balasan KP DPPKB :

“ kptsn yg sudah dijangka..masalah anta la skrg nak buat pilihan..DPPKB telah syura calon Ust latif tp ana akan terus kekal anta sbg perwakilan DPPKB ssb yakin anta skrg bukan anta dulu. Anta lbh kasih kpd jemaah & perjuangan mengatasi kasih pd individu. Formula skrg mudah pastikan Ust Tih jauh mengatasi (sbgmana 9 dpp kwsan calon) jgn sokseh. Kalu sokseh akn bawa perpecahan serius kpd DPPNK lps ini.”

SMS terakhir saya terima dari bos saya itu :

“ keputusan mesyt DPPKB ptg kelmarin dlm soal pemilihan minta kita brpegang pd keputsn pencalonan DPPKB lps & mengekalkan perwakilan DPPKB termasuk anta (tidak hadir). Ana brhrp anta dpt mematuhi kptsn tersebut dlm undian Ust Latif sbg Ketua Pemuda. Yakinlah pd keberkatn syura & takut kpd kafarah Allah. ”

Kepada sahabat-sahabat yang menghantar mesej kepada saya ini sahaja jawapan saya :

“..InsyaalLah. Kita orang mukmin kembali kepada Allah. Kita pakat2 istikharah. Moga jemaah yg kita sayangi ini akan terhindar drp unsur2 perpecahan, fitnah menfitnah, adu domba, mendedah keaipan, prasangka, taksub, taklid, ikut akal/nafsu, berkepentingan, berdendam dan segala sifat mazmumah/keji yg hanya layak ada pada umno. Siiru a’l a barakatilLah.”

Jikalah saya diberi pilihan dan punya kuasa hikmat, apa yang boleh saya tentukan adalah seperti berikut :

1. Ketua Pemuda : Ustaz Ahmad Baihaki
2. Timbalan Ketua Pemuda : Ustaz Nik Mohd Abduh
3. Naib Ketua Pemuda : Ustaz Abdul Latif

Namun apakan daya pilihan itu tiada pada saya, kerana saya hanya seorang ulama mini, kalau pun tidak ulama mee segera. Islam bukan bergantung kepada kuasa hikmat dan karamah, Islam bergantung kepada usaha, mujahadah dan jihad yang berpandukan kepada Al Quran dan Sunnah. Apa yang pasti Allah memerhati akan hambanya yang ikhlas.

Selamat bermuktamar!