Category: Road to Nile Valley


Pengalaman menjadi seorang guru cukup mencabar. Sebagai menampung perbelanjaan mencari keperluan ke Perlembahan Nil saya diterima mengajar sebagai guru ganti di SMK Kota. Hari pertama saya dapat rasakan peluh memercik daripada dahi. Berdepan dengan pelajar yang hanya beberapa tahun selang usia saya bukanlah suatu yang mudah. Tambahan saya mengajar di sebuah sekolah mempunyai gelaran sekolah kota sekolah kotor!… Saya mengajar pendidikan Islam tingkatan 3. Suatu hari pelajaran yang diajar berkait dengan proses baligh seorang remaja. Pelajar semacam teruja untuk mengetahui topik yang saya bicaralkan terutama pelajar lelaki. Apabila saya menerangkan bagaimana seoarang budak lelaki baligh, mereka mula bertanya bagaimana pula budak perempuan. Ketika itu saya mula sedar bahawa mereka mula kelihatan keterlaluan. “budok perempuan tahu sendirilah!” saya sedikit mengangkat suara. Semua terdiam dan saya alih topik. Sepanjang berada di SMK Kota saya menyertai usrah insiatif seorang ustaz di situ, Ustaz Rashid. Dia sekarang bekerja di Jabatan Agama Negeri Kelantan selepas beberapa lama disepak seperti bola mengajar hingga ke pedalaman. Suatu hari dalam taklimat Pengetua, pengetua memegang kertas hijau. “Walaupun kertas ini hijau, tetapi tetap biru” katanya. Waktu itu saya melihat sebahagian besar guru serentak berpaling ke arah Us Rasyid. Sah dia orang bulan!. Waktu perhimpunan sekolah, saya perasaan setiap kali lagu Negaraku dinyayikan dia tiada di kerusi. Tahniah ustaz Rasyid. Ustaz berkorban letak jawatan sebagi guru, kerana tidak rela dipermainkan.

Satu-satu ketika sewaktu saya melintas kelas pelajar-pelajar menengah tinggi, mereka membunyi isyarat mulut. Perempuan! Ada yang bersuara “Cikgu, masuk kelas ni lah!” Kotor sungguh sekolah nih!

Apabila saya mendapat gaji, saya hulurkan duit kepada ibu saya. Entahlah saya pun tak ingat ketika itu ikhlaskah saya, tetapi saya seperti yakin menyuakan ratusan wang itu pada bonda “Mun wak belilah gapo2 nok wak gi Mesir tu”

Keputusan Sijil Tinggi Ugama (STU) saya juga cemerlang. Sampai di rumah saya hanya tersengeh kepada ma ayah.

“Ke Mesir doh mun..” ayah saya bersuara tanpa terlebih dahulu melihat slip keputusan saya.

Saya cuba menduga, “Kalu amik STP?”

Ma saya cepat memintas ” Apa ingat mudah ko nak periksa pulak”

Ayah mula menghubungi sepupu saya Dato’ Syukri (siapa lagi kalu bukan tok peti yang sohor itu) Dia mencadangkan saya menghubungi kawannya ustaz Sabri, seorang agen tiket yang menguruskan pemergian pelajar ke Mesir. Tanpa berlengah saya bersama kawan kamcing sekampung, Faiz Namili bergegas ke rumahnya. Saya tidak pergi melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK). Belumur Travel jointventure dengan Institut An Nur. Kami disarankan berkrusus di IAN. Di situlah saya pertama kali mengenali Ustaz Yahya Othman yang menjadi idola saya. Kalamnya bersahaja tetapi penuh bermakna, berterus terang dan tegas. Saya masih ingat “Di Mesir pelajar lelaki yang rambut sampai pinggang pun ada..” Kerana berterus terang itulah kawan saya Faiz tidak meneruskan krusus kerana kebetulan rambutnya panjang tidak sempat digunting ketika itu!

Road to Nile Valley

Seperti yang pernah saya ceritakan bahawa saya adalah pelopor dalam keluarga yang belajar di sekolah arab agama, meski pun ayah saya lepasan Jamie Merbau (nama Maahad Muhammadi dahulu). Selepas saya memaklumkan hasrat untuk ke MML ibu sayalah antara orang yang paling teruja. “Aku daripada abang sulung mun lagi suruh ayah mun hantar sekolah maahad, dia kata boleh ajar” Ma saya merujuk kepada abang saya yang pernah menjadi wira bolasepak negara. Tetapi ibu saya tetap sejuk hati apabila dimaklumkan oleh rakan-rakan sepasukannya bahawa Salim Mahmud adalah antara pemain yang tidak tinggal solat walau permainan dilangsungkan pada mana-mana waktu sekali pun.

Ringkas cerita keputusan SPM saya agak baik yang melayakkan saya membuat permohoan ke IPT dalam negara. Borang UIA hampir siap saya isi. Kawan saya Ilias mengajak saya ke kampungnya di Balok Pahang. Selepas merayu kepada ibu saya, dimembenarkan dengan syarat jangan terlalu lama. Entahlah kerana minat saya yang tidak bersungguh untuk ke UIA, hampir seminggu saya di Balok. Tempoh tamat hantar borang berakhir. Balik Kota Bharu ma saya tidak kata apa cuma ayah saya ringkas bersuara “Dia nak ke Mesir….” (bersambung)