Kepada
Seluruh pendokong dan pencinta Jemaah PAS
Dengan keluarnya kenyataan rasmi Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dan diikuti dengan kenyataan terbuka dan penuh hikmah Mursyidul Am berhubung dengan isu kerajaan perpaduan, maka sewajarnya langkah-langkah berikut sepatutnya disusuli
1. Tutup mulut mengulas isu unity goverment yang ada kaitan langsung dengan Umno Barisan Nasional (UBON) terutama di Manek Urai walau pun UBON memanipulasikan isu tersebut;
2. Berhenti daripada menanggung dosa kering kerana mencaci dan memburuk-burukkan pimpinan;
3. Tiada lagi sepanduk-sepanduk yang tidak menguntungkan jemaah dan boleh menjustifikasikan bahawa wujud perpecahan dalam PAS;
4. Membatalkan cadangan untuk menyenaraikan penceramah tertentu sahaja di Manek Urai, kecuali peceramah berkenaan dinasihatkan agar tidak naik pentas atas sebab-sebab munasabah, tetapi ia tidak dihebahkan kepada umum;
5. Larangan hanya gambar Tok Guru Nik Aziz sahaja yang boleh naik di Manek Urai, orang lain tak boleh, sewajarnya dikaji dan dimansuhkan serta
6. Berhenti membincangkan isu ulama dan profesional yang sengaja dipolemikkan oleh media tali barut Umno Barisan Nasional (UBON).
Seandainya sumbang saran tersebut dianggap tidak berguna dan tidak diambil peduli, amat malang bagi pendokong dan pencinta jemaah Islam. Sekaligus dikira tidak mematuhi nasihat dan arahan Mursyidul Am. Tidak mematuhi nasihat Mursyidul Am, maka tidak boleh dianggap sebagai penyokong setia Tok Guru sebagaimana adanya.
Sekian terima kasih wasalam
“TOK GURU MEMIMPIN MANEK URAI BERKAT”
“GLORRY GLORRY MU”
Yang benar,
Jemaah Penyokong Jati PAS
saya sokong kenytaan ini 100% pe yg pntg ukuwwah sesama islam, bukan totok kepada mana individu atau puak.
PAS pun parti politik juga. Jika tarbiyyah akal dan akhlak tidak lebih baik dari UMNO maka sama sahaja PAS dan UMNO -masuk gelanggang politik main politik dunia dan lalai (bukan lupa) urusan akhirat. Hanya lidah menyebut akhirat tetapi hati dan akal duniawi semata. tak percaya? Buatlah kajian dan pemerhatian secara jujur. Sebab itulah Islam belum menang dan belum mampu memerintah dalam masyarakat majmuk seperti malaysia ini.
Orang PAS harap faham dan jangan menyingga dan balas balik denag nemosi sahaja.
Alhamdulillah, Tok Guru-Tok Guru dalam PAS masing-masing dah dengar kata.
Apa yang penting kita semua orang bawahan kena dengar kata jugak. Jangan buat pandai-pandai. Apa yang menyedihkan larangan tak boleh poster selain Tok Guru Nik Aziz, Orang lain tak boleh masuk kawasan PRK manik Urai oleh pemimpin PAS bawahan belum disiarkan dalam akhbar.
Minta IManik Urai
Maksud disini…tarik balik kenyataan yang berbentuk melarang……….Apa peranan ketua Penerangan PAS Kelantan dan pihak JPN Kelantan Pulok, ambo tak tau laa.
pecet je mereka yg suka keluar kenyataan yg bodoh tu………..yg ni ‘BONEKA PE PLK’