Hari-hari terakhir berada di Port Dickson, samada menang atau sebaliknya, saya memang berniat untuk menulis sesuatu yang mungkin pada pandangan orang lain agak remeh, tetapi bagi yang biasa dengan tugas-tugas saraf akan rasa peka dan sensitif walaupun pada satu huruf dalam pengunaan satu-satu ayat.

Bagan Pinang walau pun berada dalam kawasan tentera, tetapi adalah suatu loksi yang agak maju kerana di sinilah terletaknya suatu lokasi pelancongan yang dibangga-banggakan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional.

“Kamilah yang membangunkan PD.”

“Kerana BNlah PD menjadi destinasi pelancongan terkemuka negara”

“Apa yang pembangkang buat untuk memajukan PD”

“Kalau setakat mengemukakan manifesto dengan ayat akan mengusahakan itu ini, bertekad untuk buat begitu begini, kami boleh buat ayat begitu untuk 100 perkara!”

Itu antara serangan balas BN terhadap manifesto PR di Bagan Pinang.

Sesuatu yang perlu diakuri oleh Pakatan Rakyat, isu pembangunan di PD kita tak terlawan, walaupun jika PD dan seluruh Malaysia berada di bawah kerajaan PR kita boleh buat jauh lebih maju daripada PD sekarang, termasuk kemajuan moral dan sosial.

Isu Kelantan mundur 20 tahun di bawah PAS tetap menjadi modal BN dalam mana-mana pilihanraya dan mereka yakin dengan modal itu rakyat percaya. Kenapa? Kita hanya mampu menjawab datanglah sendiri ke Kelantan dan lihat kemajuan sebenar di Kelantan. Sedang jawapan itu tidak menjadi keserikan BN untuk terus menfitnah Kelantan mudur di bawah PAS.

Pameran Kenali Kelantan tidak memberi impak yang besar kepada penduduk tempatan. Tambah lagi lokasi exspo yang diadakan di celah-celah rumah orang itu, bahannya tidak mencerminkan keseluruhan kemajuan dan perubahan yang dilaksana di Kelantan. Maaf cakap jika kita kekal dengan persembahan begitu rakyat di bandar belum dapat menerima PR mengganti BN.

Poster, sepanduk dan papan besar (billboard) dengan takuk serta gaya sama dan lama. Lebih malang visual yang memaparkan gambar calon tidak jelas dan tidak disunting secara lebih profesional.

Sekali lagi saya mohon maaf, bukan niat untuk merendah-rendahkan kerja orang, tetapi sudah tiba masanya penerangan dan saraf perlu mempunyai pakar untuk menangani tugas ini dengan melihat kepada situasi dan keadaan setempat. Kalau di Manek Urai bolehlah kita menggunakan pendekatan yang agak lokaliti, tetapi berdepan dengan warga pantai barat dan lokasi yang pesat mengalami urbanisasi, strategi juga perlu lebih terkini dan kontemporari.

Bersama Kehendak Rakyat (Together With Peoples’ Need). Suatu retorika yang cukup menarik dan signifikan dengan perjuangan Pakatan Rakyat (PR). Ia boleh dikekalkan tetapi boleh diubahsuai mengikut keperluan semasa sebagaimana Barisan Nasional (BN) memanipulasikan sepenuhnya retorik 1Malaysia mereka. Contoh 1Malaysia, 1 undi untuk BN. Sebagai contoh kita jangan kita hanya seketika melaungkan We Are Brothers dan PAS for All, kemudian motto yang menarik itu tidak dipersegarkan semula melalui apa cara.

Itu sahajalah catatan ringkas saya yang mungkin pada pandangan khalayak ia isu remeh. Ingat! Kita dalam cita-cita untuk menawan negeri-negeri tertentu, bukan setakat Kota Darul Naim, Wisma Aman atau menara KOMTAR, tetapi kita bergerak di landasan betul menawan Putrajaya. Sesungguhnya pergerakan itu masih berjalan. Cuma kekadang pantas kekadang perlahan dan waktu yang lain terhalang. Kita perlu bijak, peka dan berwaspada dalam perjalanan itu agar ia tidak tersekat hanya kerana halangan-halangan yang kecil dan remeh.

Teruskan bergerak di atas landasan…

Advertisement