Tiada siapa yang hingin!

Tiada siapa yang hingin!

Kemenangan besar parti kompenan Pakatan Rakyat (PR), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihanraya kecil (PRK) P44 Permatang Pauh memberi satu lagi impak dan sekali lagi akan mengubah landskap baru politik negara dalam misi PR menuju ke Putrajaya.

 

  Selain ia menengelamkan isu-isu nasional yang lain, ia bakal memberi kesan kepada (proses?) muzakarah@muqabalah PAS-Umno. Permatang Pauh menambah rasa muak dan mual rakyat terhadap propaganda ciptaan Umno Barisan Nasional.

 

Bermula dengan isu sumpah, konspirasi dan fitnah, Anwar agen Amerika hinggalah laporan terakhir TV3 ¼ menyiarkan maklumat kesan DNA (bulu dan mani DSAI) dijumpai pada seluar dalam Saiful Bukhari!

 

 Majoriti 15,671 undi yang diperolehi oleh DSAI melenyapkan spekulasi dan analisis bahawa PKR bakal menerima pengurangan majoriti kesan daripada sumpahan Sipul Bukhari.

Ternyata rakyat , meski pun di pedalaman semakin cerdik dan matang dalam berpolitik. Inilah yang menjadi kebimbangan BN. Apabila rakyat cerdik, maka peluang mereka untuk mengekalkan kuasa makin menipis dan hilang.

Jangka hayatnya semakin memendek

Jangka hayatnya semakin memendek

 Sesungguhnya kesan Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu masih kuat membekas dalam hati pengundi. Bahkan tidak mustahil pengundi yang memangkah BN dalam PRU lalu, mengambil peluang memperbaiki kesilapan mereka dalam PRK kali ini. Kerana itu majoriti kepada PKR meningkat.

 

  Lebih menarik sokongan golongan muda jelas terserlah dan diterjemahkan dengan perarakan besar di jalan raya lewat waktu pusat-pusat pengundian ditutup.

 
Kembali kepada persoalan bagaimana dengan muzakarah@muqabalah. Rasanya isu ini juga akan tenggelam dengan sendiri. Di pihak Umno mungkin menyerlahkan sikap pipi tersorong-sorong mereka yang masih mencari-cari talian hayat. Sedang PAS perlu mengambil sikap bersahaja, bahkan layan tak layan dengan keinginan Umno itu.

 Dalam erti kata mudah apabila Umno menimbulkan kembali hasrat untuk bermuzakarah@bermuqabalah inilah antara cadangan jawapan-jawapannya:

 

 “Muzakarah? Muqabalah?..Ooooo…”

“ Owh! Ya ke?”

“Bile tu?”

“Hah? Tengoklah nanti kami senang-senang?”

“Nak buat kat mana yer? Bila ek?”

“Boleh-boleh. Nanti saya suruh orang saya aturkan! Tapi kami tak janji tau!”

Bayangkan bagaimana PakLah bakal berdepan dengan Anwar

Bayangkan bagaimana PakLah bakal berdepan dengan Anwar

Advertisement