Kisah dan catatan peribadi seseorang boleh menjadi bahan dagangan, dikormesialkan atau bahasa mudah boleh buat duit. Jarang orang mahu menulis dan bercerita kisah peribadi mereka untuk tatapan umum. Aku adalah sebahagian daripada mereka yang bukan berminat sangat untuk bercerita tentang diri dan keluarga. Namun semenjak duamenjak berblog ini aku rasa banyak juga riwayat peribadi aku terdedah kepada pelawat annasru.wordpress.com. Asalnya untuk tatapan anak buah dan bekas anak-anak murid terutama bekas pelajar-pelajarku di Maahad Darul Anuar dan Maahad Pengajian Islam sahaja yang sering minta aku bercerita ceriti. Tetapi semenjak annasru.wordpress.com. pernah beberapa kali jadi top posts wordpress.com, kisah peribadiku sudah menjadi rahsia umum.
Kali ini aku terasa mahu bercerita tentang kisah cintaku!!!. Haaah!!! Biar betul Ustaz Nasron.
Sebenarnya ia tidak lebih sebuah catatan memoir cerita aku dan isteriku. Awal tahun lagi aku rancang untuk tulis sesuatu untuk orang paling dekat dalam duniaku, tetapi dek kerana pilihan raya dan isu-isu negara yang sentiasa tak habis-habis aku tangguhkan sehingga tarikh ulang tahun perkahwinan kami pada 4 November ini. Sebenarnya pun aku bukan ambil tahu sangat tentang anniversary ni. Percaya tak kalau ditanya tarikh-tarikh lahir anak-anakku, aku terkial-kial mengingatinya! Hari jadi isteri ingat sebab tarikh dan bulannya hampir sama. Selang sehari sahaja.
Aku diijakabulkan oleh Tok Imam Sayuti, tok guru muda pondok Dewan Beta (tidak jauh daripada kampung isteriku). Rasanya syeikh pondok paling muda setakat ini. Aku ingat lagi betapa sejuknya tangan dia ketika berjabat untuk ijab kabulkan aku. Aik! Aku kenalin ko dia yang gabra? Atau sebab Timbalan Mufti Kelantan (sekarang Dato’ Mufti) ada sebelah. Huhuhu..
Yah. 4 November adalah ulang tahun perkhawinanku.
Perkenalan dengan zaujahku cukup ringkas dan mudah, ketika aku masih belajar di Perlembahan Nil . Sepontan Rushdan rakanku mengajukan pertanyaan.
“Din ado ore doh ko?”
“Hah? Tak dok, bakpo nak kira ko?”
Bermula daripada itu bermulalah episod dan siri ke gerbang perkahwinanku. Ceh.. Macam ada love story pulok. Tak dok tak der eh.. Cinta kami cinta beretika, beradab dan beralas. Sebagaimana cinta Rasulullah kepada Aisyah si Humara’. Seumpama cinta Fahri dengan Aisyah dan Maria. Tapi Ayat-ayat Cinta variasi novel, bukan filem. Filem ada sikit karut. Karuuut Us Ja.
Sebagaimana Saidina Jibril menunjjukkan skrin visual Aisyah di kelopak sayapnya, aku diberikan gambar bakal pasangan hidupku itu. Bila aku menujjukkan gambar itu kepada bonda sewaktu pulang bercuti di tanahair, bondaku tersenyum dan seperti biasa mesti ada ‘kritik filem’nya. Ok la tu.
Aku mudah saja. Tak dok nak memilih-milih. Lima syarat Rasulullah aku yakin sudah dipenuhi.
Nasab? Rushdan yang memberi infom kerana adiknya kawan rapat zaujahku dan keluarganya…
Jamal? Firman Allah lewat mafhumnya “Sesungguhnya Aku menciptakan manusia dalam rupa sebaik kejadian (ahsanitaqwim).”
Al Maal? Kalau tidak, takkanlah sampai ke Mesir..
Pentingnya faz far bizatid Din (agama). Alumni Maahad Muhammadi… Ustazah beb…ngaji Azhar Assyarif cawangan Alexandria…
Langsung pertemuan diatur di Masakin Othman, kediaman Rushdan dan familinya empat beranak.
Tentu sahaja hasrat aku ketika itu untuk terus melangsungkan perkahwinan. Kalau tunangan pun kira sehari dua dah la. Bukan gelojoh tapi buat apa tunang lama-lama. Kan lagi banyak cabaran dan godaannya.
Aku ingat lagi bagaimana bakal isteri mengemukakan pelbagai soalan cepu emas padaku waktu sesi taaruf. Soalan maut pun ada walau pun taklah mencabar sangat. Masa tu control…Hek eleh…control…kontrol. Soal perancangan hidup dan masa depan. Cewaah… macam kena interview plak. Syarat aku mudah saja. Bertunang hanya mengambil syarat sunnah. Jangan sampai bertahun jadinya.
Cabaran kami bermula, Cewah..Ada trill la konon. Piiraah!
Sebelah keluarga aku sememangnya tak ada masalah langsung. Ayah aku paling sporting kalau anak-anak nak kawin awal. Memang dalam bab nikah kawin anak luar negara ni ma dan ayah mudah kiro, sebab ada pengalaman kakak aku kahwin masa belajar di United Kingdom dulu.
Mak dan ayah isteri aku juga tak ada hal sangat. Yang jadi masalahnya bila campur orang ketiga. Apa pun orang ketigalah buat hal. Macam dia pulak nak nikah. Pak saudara bongsunya yang kebetulan belum kawin! Tak rela anak saudaranya disatukan dengan orang lain bukan di depan dia. Perkh!!!
Bakal zuajahku mengadu memang ada sikit pening. Tapi aku yang jadi pakar motivasi bagi semangat dan peransang. Ceh, berlagak lagi ustaz nih.
Bab menulis surat ayat zaujah aku memang power. Aku yang memang glamour kat Mesir bab karang mengarang ni memang terasa kalah dan tercabar dengan ayat-ayat dia. Tak doklah ayat bunga-bunga berenang di lautan api atau mendaki gunung dan bukit. Tapi susun atur ayatnya yang memikat. Peeeh!!. Surat-surat itu aku dah bakar sebelum pulang. Ohhh tergamaknya. Buat apa simpan, bukan laku jual pun.
Surat? Kenapa tidak e mail. Zaujah aku bukan biasa sangat guna e mail. Bukan apa, guna surat dia lagi original, klasik, sentimental dan romantik sikit. Uweeeks..nak muntah!
Kebetulan syiqah (apartment)ku ada telefon. Jarang-jarang sekali berhubung dengan telefon. Yolah dia di di persisiran lautan Medetarian Iskandariah, sedang aku di tebingan Sungai Nil Kaherah. Kawan-kawan di rumah nak dengar sama tak ada masalah. Asal jangan lebih-lebih dah.
Kerana tak jadi kawin di Mesir, aku nasihatkan dia balik dulu. Tinggallah aku dalam kempunan. Hee..bukan lama pun. Beberapa bulan selepas itu saja. Hnyyyehh!
Balik saja tanah air kami terus kahwin. Semua urusan terlebih dulu diselesaikan oleh keluarga masing-masing. Seingat aku kurang daripada seminggu aku pulang, aku terus diijab kabul. Kos semua mendapat tajaan. Pakaian suite melayu pun kira pakai yang abang punya! Rupanya zaujah aku pun pakai baju pinjam. Kahkah.. tapi tetap sedondon. Sanding-sanding atas pelamin tak main. Khurafat dan bidaah dholalah!
Aku akur bahawa aku bukanlah seorang suami terbaik. Alhamdulillah aku dikurniakan dengan isteri yang boleh dikategorikan penyabar dengan karenah aku yang kadang-kadang percakapan tak ada filter. Insuran memang tak buat. Memang itu sikap aku bila lihat suatu yang tak kena. Guru-guru dan budak-budak Maahad Darul Anuar lebih termaklum.
“Mujurlah mun buleh bini supo Sa,” itu suara ma aku bila membicarakan aku yang selalu out station meninggalkan isteri.
“Memang Alllah Taala pilih molek doh maa,” jawabku ringkas.
Bukankah sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Di awal perkahwinan, isteriku kerja di Shah Alam, sedang aku masih penganggur kehormat. Setiap kali menghantarnya terjadilah screne Hindustan seketika. Tapi bukan depan orang lah!
Selepas aku boleh kerja, aku minta dia berhenti selalu. Immediately! Fauraan! Jaldi karo!
Lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri. Aku berharap waktu-waktu tergigit lidah itu banyak pengajaran dan pedoman yang kami perolehi.
…..buang yang keruh ambil yang jernih baru teguh peribadi….
Moga Allah menjadikan kami keluarga yang dirahmati, diberkati dan diredhoi. Aku bertanggungjawab menghindarkan usrahku dari api neraka. Moga Allah jadikan zuriat keturunanku qurratu a’yunin. Menjadi ahli-ahli solat, mengabdikan diri padaMu Ya Allah. Terimalah ya rabbb!
Pastinya akan kudidik mereka cintakan Islam dan cintakan perjuangan Islam.
Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.