Meriah walaupun sederhana. Tapi pastinya ia menambah erat antara kami. Itu yang boleh disimpulakan suasana Hari Keluarga Ahli Jawatan Kuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu yang diadakan semalam 14-15 Zulhijjah (12 dan 13 Disember) di Sudara Beach Resort.
Kami dikejutkan dengan pemergian ayahanda kepada akh Saifudin yang telah kembali kerahmatullah petang sayyidul ayyam, Jumaat kerana serangan angin ahmar . Paginya saya bercadang utuk menziarah almarhum di hospital selepas menyiapkan design banner Wacana Perdana bersama Saifu. Kerana silap maklumat saya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sedangkan almarhum masih di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ2).
<<woit, hospital kb>> sms Saifuddin
<<takpolah, semulalah. Boleh pahala doh, turun tangga HUSM lagi banyak pahala>> balas saya kerana waktu solat Jumaat semakin hampir.
<<hihi, tq>>
Pagi Sabtu itu kami meninggalkan seketika hari keluaraga untuk bersama menyembahyangkan jenazah al marhum.
Dalam kesesakan kaum wanita di ruang dapur, saya boleh mencelah masuk ke bilik beliau dimandikan. Hasrat untuk membantu apa yang boleh. Saifudin dan Lokman turut membantu menguruskan jenazah ayahanda mereka. Saat itu sekilas terbayang ketika menguruskan jenazah almarhum abang saya.
“………………”
Saya lihat almarhum seperti sedang nyenyak tidur. Raut wajahnya putih dan bersih. Tak terjejas atau berubah. Mungkin berkat ilmunya, khidmatnya pada masyarakat dan sebagai imam masjid yang pastinya tidak pernah tinggal solat berjemaah.
Semoga rohnya ditempatkan bersama para Nabi-nabi, aulia’, syuhada’ dan solihen.
Kita yang masih hidup ini yang harus meneruskan sisa perjuangan ini. Ya perjuangan menentang puak-puak yang sesat itu!!!!
Ya Allah, saya berharap kelak akan pergi sebagaimana eloknya jenazah almarhum.
Al FATIHAH….
Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.