1) Ketika saya zaman kanak, di waktu ayah masih boleh memandu saya masih ingat ayah sering membunyikan hon. Bukannya kerana menegur kawan atau hon tanda sokongan demonstarsi. Tetapi hon kerana tidak sabar menunggu bonda yang masih belum sudah bersiap untuk berangkat ke mana-mana. Saya yang duduk di belakang hanya mendengar rungutan penuh skima dari ayah yang hot bila ma lambat. Begitu jugalah apabila waktu pulang. Tanpa memperduli sesiapa ayah menekan hon
2) Kemudian saya dianugerah pula seorang abang ipar. Asalnya daripada Johor. Kawin dengan kakak saya sewaktu menuntuk di United Kingdom. ” Nasrun, pukul 4 petang kita pergi” Maka sebelum 4 petang saya sudah berada di sofa di ruang tamu. Pernah seingat saya kakak dan anak-anak saudara saya yang sudah hampir siap, tetapi ditinggalkan terus abang ipar kerana terlewat beberapa minit!
3) Saya banyak mengenali Ustaz Yahya Othaman sewaktu di Mesir. Setiap kali beliau berkunjung ke sana, maka penyampai berita membuka watikah di bawah pokok kelapa “Wahai sekalian rakyat jelata, Dato’ Paduka Ustaz Yahya akan berangkat ke majlis kita. Maka tepatilah masa..maka tepat masa…maka tepat masa….” Balik sahaja Ustaz Yahya, maka yang asal balik usul yang usul balik asal. Hipokrit belako!!
4) Sekarang saya berketuakan seorang yang mempunyai prinsip yang sama. Kes kerana seorang yang terlewat masuk mesyuarat, mesyuarat itu dibatalkan.
Saya? Saya seperti biasa.
i_Saya akan cuba sedayanya datang lebih awal apabila berjanji kerana bagi saya tidak
menepati janji adalah sifat munafiqin. Kalau saya tidak dapat datang awal seboleh saya maklumkan
ii_Saya berhak untuk balik awal sekiranya majils berlangsung lewat. Orang nak marah saya tak hirau. Itu hak saya. Mun sedak lah magri lewak! Pahtu kecek hak orang selesai bincang dah. Sakiiiit!
iii_Bahkan saya akan balik terus sekiranya majlis yang dijadualkan tidak berlangsung sebagaimana dirancang. Tapi kadang-kadang lah. Banyok kijo lagi nok buat. Bukan nak tunggu demo sajo!!!
Kesimpulannya bukan hot, tapi lepas perasaaan….
syamimi? maaf ustaz nama saya SYAMIM saja tiada “I” diblakang, sudah bagi tahu ALANG cuma dia suruh contact ustaz.. sbb dia kata ustaz lebih tahu lebih banyak tentang BALADI.. dan bila tanya UBAID pon bgitu.. dan mereka suruh saya direct jumpa/contact ustaz.. ermm, ustaz ada ingat tak ustaz ada suruh RIFAIUDDIN cari seorang pelajar untuk melukis bagi RISALAH USTAZ nak keluarkan, ayalah yang RIFAIUDDIN cari tempoh hari.. cma ketika itu saya tengah periksa, susah nak berhubung.. keesokkannya saya mencari ustaz tapi ustaz tiada di sekolah.. dan RIFAIUDDIN kata kalau tiada respon, mungkin ustaz dah tak perlukannya.. ermm, ustaz jempotla ke blog saya, htttp://www.ibnuyusuf.blogspot.com