Persiapan untuk belajar ke seberang laut di negara beriklim sejuk membutuh saya mencari pakaian yang tahan sejuk. Saya dan ibu saya meninjau-ninjau pakaian atas Pasar Arked MPKB. Ketika saya membelek-belek seluar jeans made in siam ma saya mencadangkan

 

  “ Ambillah dua tiga helai?”

  “Sehelai padanlah, ni pun pakai entah tidak,” jawab saya.

 

Beza genre rock dan heavy metal

  Percayakah saudara bahawa kaki saya ini suatu ketika dahulu pernah menyarung seluar american style itu walaupun koleksi jeans saya tidak lebih daripada 3 helai rasanya. Sekali lagi adakah anda percaya saya juga pernah ada jeans season yang di bahagian lututnya sedikit koyak!. Itu satu-satunya jeans saya jenama levis orignal yang saya pun tak pasti saya beli di super market mana? Kerana jenama dan harganya saya sayang nak buang. Jeans ni kalau dia season, lagi ada klas. Klas kepala hotak kamu. Bukan nak pakai sangat, tapi sayang nak buang. Kerana itulah agaknya dalam keluarga saya kadang-kadang digelar ustaz rock, terutama abang dan pak saudara saya. Anak-anak murid saya mesti sekali lagi tersenyum mendapat info saya yang luar dugaan ini. Biar betul Us Nasa.

 

   Sebenarnya yang saya nak bincangkan ialah tentang konsert ala rock yang akan bergema di bandar Kota Bharu lewat sambutan ulang tahun MPKB BRI nanti. Wow! Saya tak leh nak bayang muzik gamat itu akan berkemundang di udara Kota Bharu Bandaraya Islam setelah sekian lama ia tidak dapat menembusi atmosfera bumi Serambi Mekah ini.

 

   Ustaz Nik Abduh melontarkan persoalan di mana kedudukan rock dalam Islam. Di mana yah?. Jawabnya tak adalah. Kalau rock makna batu adalah. Batu untuk melontar jamarat, batu untuk merejam atau batu untuk istinjak! Boleh tahan jugak loyar buruk saya ek.

 

   Muzik genre rock bermula dalam era 60an lagi. Istilah lain yang digunakan ialah muzik grunge. Muzik yang bingit, kotor dan menyakitkan gegendang telinga. Heavy Metal. Satu lagi genre muzik yang lebih sadis, ganas dan mengerikan. Kumpulan-kumpulan kategori heavy metal adalah seperti Metalica, Deep Purple dan entah menatang apa lagi nama. Scorpions, Linkin Park dan entah menatang apa lagi tak masuk heavy metal. Itu rock. Entah apa beza rock, hard rock, grunge, heavy metal atau muzik underground. Yang saya tahu semuanya bingit dan kebanyakan mereka sampai ke tahap memuja iblis! Ah! Semua muzik barat memuja syaitan. Ah! Bukan boleh pahala pun saya alim dalam bab ni. Sekadar ambil tahu buat modal berbual dengan budak-budak dalam kelas dulu.

 

   Di Malaysia rock ia mula berkembang pesat sekitar tahun 80an. Nama-nama seperti Search, Lefthanded, May dan Bumipura Rockers menjadi kegilaan anak muda. Zaman Umno memerintah saya tak pernah pergi konsert rock walaupun jarak stadium dengan rumah saya hanya beberapa kilometer saja. Memang dengar suara dari stadium. Kawan-kawan sekampung pun tak pernah ajak saya. Maklumlah ustaz kan. Arr..

 

Rock Rohani

   >>>…rock rohani?…selepas ini akan ada dangdut rohani, heavy metal rohani….<<<<

Itulah antara isi point sms sahabat saya Us Ja selepas membaca blog Memilih Jalan Lurus. Saya sebelum itu sudah melayarinya

 

    <<<tak baca blog jalan lurus ke? >>> balas saya

  >>>baca situ la yang tahunya..<<<

 

   Memang cukup ramai yang bagi respons terhadap apa yang dilontarkan oleh Us Nik. Monitoring secara rambang dalam 60 masuk komen hanya beberapa orang yang komen tak setuju. Yang terlampau bagi cadangan pun ada. Ada ke cadang jemput Ella dengan Mas Idayu. Gilo apo!.

 

   Memang cadangan asal Konsert Rock Rohani. Namun selepas ia diperdebatkan adakah relevan dan sinonim rock disandarkan dengan rohani, timbullah cadangan Konsert Muzikal Rohani. Huh! Dilembutkan. Objektifnya mendidik rohani merentasi lagu dan muzik.

 

Belajar daripada pengalaman

   Pengalaman mengendali persembahan pentas di Kelantan sewajarnya diambil kira. Persembahan dikir barat di Kelantan pun kita masih lemah daripada sudut pemantauan lagu-lagu yang dipersembahkan. Saya tak sebut evant yang dianjurkan oleh pihak lain, dikir yang dianjurkan oleh kita sendiri pun tidak terlepas daripada lagu “baru tengok ambo raso bekene….” dan seumpamanya.

 

   Penyanyi rock apatah lagi. Lagu-lagu mereka tidak terlepas daripada memuja muji wanita. Fantasia bulan madu? Rozana? Tiada Lagi?

 

   Soalnya bagaimanakah mekanisma dan apakah jaminan lagu-lagu sebegitu tidak terlepas daripada didendangkan. Lazimnya urusetia adalah kalangan pengemar lagu dan muzik. Justeru mereka tidak mengambil sikap cakna yang sewajarnya dalam aspek pemantauan lagu. Maka berlakulah apa yang dirancang tidak sepatutnya berlaku.

 

   Kita boleh bersikap terbuka dalam berdepan dengan dunia muzik dan hiburan. Pastinya golongan agamawan tidak terlalu teruja dengan hal-hal seumpama itu walaupun saya pernah dengar ada ustaz yang hafal lirik lagu seumpama lagu Kekasih Awal dan Akhir!

 

   Cuma sekadar memilih pendekatan yang pelbagai berdepan dengan sasaran dakwah yang juga pelbagai. Bukan pula ia menjadi program rutin yang semestinya ada di bandar raya islam tercinta ini.

 

  Akhirnya saya suka kongsi suatu komen yang pernah disebut oleh Us Nik kepada saya lewat soalan saya kira-kira sedekad dahulu

 

  “Bagaimana kedudukan industri (?) hiburan seperti hari ini apabila Islam menguasai dunia.”

  “Orang dengan secara sendiri tidak akan mahu apabila Islam dihayati sepenuhnya.” Itu katanya

 

   Ya. Saya juga begitu. Zaman rockers (hii..rock berjuruh) saya di era persekolahan pupus apabila saya bergelar Azahari. Cuma sesekali terbuka radio THR.FM perlahan-lahan saya layan jugak!!! Mapuh Umno!!

 

Advertisement